Tuesday, 14 July 2015

CEO CIMB Islamic Bank Silap Analisa Dokumen Wall Street Journal ?

Terkejut juga Berita Semasa apabila tidak semena-mena dalam kekalutan dan bahang skandal yang terus memuncak ini melibatkan dakwaan yang cukup dahsyat daripada laporan Berita Wall Street Journal WSJ, tiba-tiba Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani tampil berkongsi pendapatnya.

Berkongsi pendapat tiada salahnya. Tetapi yang buat Berita Semasa tertanya-tanya benarkah beliau seorang Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank? Masakan seorang CEO CIMB Islamic Bank boleh buat kesilapan sebegini rupa dalam memberikan kenyataannya untuk isu semasa sebesar ini di Facebook miliknya?

Kelihatan seperti tidak tahu menggunakan guna swift code apabila mempersoalkan swift code PNBUS3NANYC seperti mana yang tercatat dalam laporan berita dan dokumen Wall Street Journal WSJ.

Dakwaan Asal Badlisyah Abdul Ghani Terhadap Laporan Berita Wall Street Journal :
  • dokumen mesej Swift yang dikongsikan oleh Wall Street Journal adalah palsu
  • katanya alamat dan kod swift bank adalah bercanggah
Berita Semasa sendiri sudah semak di laman web seperti di bawah ini :
Kedua-dua code pun boleh dipakai dan digunakan. Yang ada 8 karakter itu dipanggil “8 letter SWIFT code”, sesetengah bank kena pakai “11 character SWIFT code”.

Semakan Berita Semasa menunjukkan sememangnya swift code PNBUS3NANYC ada, Wells Fargo bank, Branch New york. Berita Semasa kongsikan bersama dengan anda seperti gambar-gambar di bawah ini termasuk kenyatan permohonan maaf “big boss” kepada anak buahnya, butiran sift code yang menjadi pertikaian, dan juga kenyataan asal Badlisyah Abdul Ghani di Facebook sebelum ini.

Bagaimana seorang CEO boleh mengatakan swift code tersebut untuk bank lain?

Walaubagaimanapun, tahniah kepada Badlisyah Abdul Ghani kerana tampil berani untuk mengakui kesilapan dalam analisis di Facebook miliknya.

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Monday, 13 July 2015

Saman Fitnah Bila Lagi? WSJ Tidak Berganjak!

Tunggu punya tunggu, seperti yang dijanjikan tiada kedengaran berita pasukan guaman Najib Razak bakal saman berita WSJ yang dikatakan oleh orang ramai sebagai fitnah, mahu sabotaj ekonomi negara, mahu gulingkan kerajaan dan macam-macam lagi disebalik dakwaan berita WSJ yang mengatakan ada duit masuk sejumlah RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib Razak.

Berdasarkan sejarah berita WSJ, yang pernah satu ketika dahulu menjadi antara yang mendedahkan skandal yang cukup terkenal “Skandal Watergate” sehingga menumbangkan Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu Richard Nixon. Jadi Berita Semasa tidak rasakan laporan dan pendedahan berita WSJ Wall Street Journal Online kali ini “just for fun”

Rakyat Malaysia terus menanti saman fitnah najib razak kepada berita WSJ Wall Street Journal. Tetapi masih lagi kedengaran, yang ada hanyalah surat tunjuk sebab yang mahu kepastiaan daripada pihak Wall Street Journal Online. Macam “show cause letter or letter require more informations dari WSJ.” Itu sahaja….

baca selanjutnya KLIK SINI

Sunday, 12 July 2015

Membesarkan Tujuh Anak Dengan Gaji RM15 Sehari

Azuhan (kiri) bersama ahli Alteras yang lain membaiki rumah Sharaini yang hampir runtuh akibat dihempap pokok kelapa.

PASIR MAS - Berbekalkan duit gaji harian berjumlah RM15 sebagai pembantu kedai makan, seorang ibu tunggal terpaksa berjimat untuk membesarkan tujuh anak yang berumur lingkungan 22 hingga 9 tahun.

Sharaini Ismail, 43, berkata, selepas kematian suami sejak lapan tahun lalu, dia sekeluarga terpaksa mengikat perut untuk meneruskan hidup.

“Saya perlu pastikan mereka semua tidak kelaparan, lebih-lebih lagi ketika itu tujuh anak saya masih bersekolah.

“Disebabkan masalah kewangan, anak kedua saya (Norfatin Rohaimi, 20) yang sedang belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur terpaksa berhenti kerana tak mampu untuk bayar yuran,” katanya.

Menurutnya, selain masalah kewangan, mereka sekeluarga diuji sekali lagi apabila rumah peninggalan orang tua yang menjadi tempat berteduh lebih 22 tahun roboh dihempap sebatang pokok kelapa Jumaat lalu semasa ribut kuat.

Sharaini berkata, rumah yang mempunyai satu bilik itu bukan sahaja uzur tetapi bumbungnya juga bocor dan ia bertambah teruk apabila dilanda ribut.

“Pada awalnya saya hanya mampu berputih mata sahaja lihat keadaan rumah yang semakin teruk, tetapi alhamdulillah masih ada rezeki kami anak beranak apabila ada badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil membaiki kerosakan.

“Bantuan ini bagaikan mimpi dan rezeki Ramadan kerana saya tak pernah sangka ada pihak sudi membantu,” katanya.

Terdahulu, keluarga Sharaini mendapat perhatian Pertubuhan Amal Teras Insaniah Malaysia (Alteras) yang diwakili Penasihat Agungnya, Azuhan Ibrahim.

Azuhan berkata, pihaknya sangat tersentuh dengan nasib yang dialami Sharaini dan anak-anak yang hidup dalam serba kekurangan.

“Oleh sebab itu kami bergotong-royong membaiki dinding rumah yang runtuh, bilik air, bahagian hadapan rumah serta buat sebuah bilik untuk anak lelakinya.

“Selain itu kami turut menyumbangkan barang makanan dan dapur gas menggantikan dapurnya yang sudah lama rosak,” katanya.

Beliau berkata, diharap dengan bantuan ini dapat menggembirakan mereka sekeluarga dalam menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/