Monday, 19 October 2015

'Tol naik, apa Azmin buat?' soal Pemuda Umno


Himpunan Selamatkan Selangor berlangsung di pekarangan bangunan Umno Ampang, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK

AMPANG - Susulan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara dengan 12 daripadanya di Lembah Klang, Pemuda Umno Ampang menuntut tindakan segera Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. 

Ketuanya, Muhamad Nizam Shith berkata, kenaikan yang melampau itu membuatkan golongan bawahan dan pertengahan termasuk anak muda tertekan.  

"Kali ini (kenaikan tol) RM1 ke RM1.50. Hari ini tol sudah cecah RM2.50, RM3, RM3.5. Amboi...apa kerajaan negeri buat? Apa menteri besar buat? 

"Tolonglah, kita ini rakyat bawahan, rakyat pertengahan yang memerlukan kebajikan daripada kerajaan negeri yang sepatutnya disalurkan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Selamatkan Selangor di sini, hari ini. 

Sebelum ini, beberapa syarikat konsesi lebuh raya utama termasuk di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuatkuasa Khamis lalu. 

Mengulas lanjut, Muhamad Nizam berkata, ketika BN memerintah Selangor, kenaikan kadar tol hanya 10 sen atau 20 sen yang mampu dibayar oleh rakyat. 

"Rupa-rupanya kerajaan Selangor ada 'share' dalam semua tol-tol di negeri ini melalui anak syarikatnya. Hari ini tol naik melampau. Kalau dulu, zaman kita (BN) memerintah, tol naik 10 sen...20 sen sahaja. 

"Tak ada hal punya. Kita anak muda, 50 sen pun kita boleh bayar. Hari ini, kita rasa tertindas. Anak muda di Selangor, rata-ratanya termasuk di Ampang, rasa tertindas. Jadi, kita minta kerajaan negeri tolong tengok. 

"Kalau tak boleh, turun. Habis cerita. Kita boleh naikkan orang lain," katanya. 

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor dilaporkan menolak kenaikan kadar tol itu berikutan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini. 

Azmin dikatakan telah meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad mengadakan pertemuan dengan Kesas Sdn Bhd dan Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd bagi menyuarakan bantahan itu. 

sumber : sinarharian.com.my

Sunday, 18 October 2015

Tujuh buah kenderaan di rempuh Treler. Tiga mangsa maut.


ANGGOTA polis mengangkat salah satu mayat daripada tiga mangsa yang meninggal dunia selepas sebuah treler merempuh tujuh buah kenderaan di Kilometer 283.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai, Ipoh.

IPOH – Tiga lelaki terkorban dan lima lagi cedera selepas sebuah treler membawa muatan simen merempuh tujuh buah kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis di Kilometer 283.6 Le­buh Raya Utara-­Selatan arah selatan berhampiran Tol Simpang Pulai di sini semalam.

Dalam kejadian ketika hujan r­enyai-renyai pada pukul 9.30 pagi itu, seorang penunda ken­deraan, Mohd. Fazli Malijan, 38, dan anak bongsunya, Muhammad Shamsul, 15 serta sepupunya, Muhammad Amirul Hakimi Abdullah, 15, yang berada di tepi lebuh raya meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Wira milik Mohd. Fazli berdiri di tepi lebuh raya bagi menawarkan bantuan kepada pemilik kereta Honda Accord yang terlibat dengan satu lagi kemalangan.

Turut berada di lokasi nahas itu adalah sebuah kereta polis jenis Proton Preve dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang dinaiki oleh Sarjan Alias Osman bersama seorang lagi jurugambar yang menyiasat kemalangan me­libatkan kereta tersebut. 

sumber : kosmo.com.my/

Pinjaman Perumahan Untuk Pembeli Rumah Pertama Dipermudahkan.

Pada ketika dahulu, di mana begitu meriahnya pasaran hartanah di Malaysia, tidak ingat dulu, tidak pandang belakang. Apabila pasaran hartanah sudah mula suam-suam kuku barulah kedengaran rintihan dan aduan kalangan kapitalis hartanah dek kerana pasaran hartanah sudah dilihat lembap pada hari ini.

Semuanya kerana kurangnya pelanggan dan hamba kepada hartanah mereka yang bernilai RM600K, RM700K, RM1 juta, RM2 juta dan ke atas. 

Dan hari ini kalangan kapitalis hartanah sudah mula mengeluh dan terkapai-kapai untuk untuk mendapatkan tempat berpaut untuk bertahan dalam industri hartanah yang semakin tidak menentu hari ini. 

Melalui pengumuman daripada portal hartanah Malaysia seperti Property Guru mereka sarankan menjelang pembentangan Bajet 2016 Malaysia ini : 

Trend Kenaikan Harga Rumah di Malaysia Berjaya Menewaskan Negara Maju Lain (UK, Singapura dan UK) Pemaju Hartanah di Malaysia Paling Beruntung!

  1. Kerajaan permudahkan pinjaman perumahan beli rumah pertama
  2. Berikan lebih banyak kelulusan pinjaman perumahan bank kepada bakal pembeli rumah

Nah…dalam erti kata lain :

  1. Pemain hartanah mahu kerajaan Malaysia mesti kawal atau kaji semula peraturan ketat pembiayaan rumah.
  2. Pemain hartanah beritahu, bank yang patut dipertanggungjawabkan disebabkansebab pembiayaan yang ketat.
  3. Pemain hartanah sebenarnya mahu bagitau mereka tidak bersalah, mereka tersepit, mereka tertekan dan perniagaan mereka tertindas kerana sentimen semasa.

Berita Semasa ingatkan cadangkan di sini menjelang bajet 2016 Malaysia kelak, selain ketatkan pinjaman, naikkkan kadar faedah untuk pinjaman rumah kelima dan ke atas kepada minima 10 peratus. Pelabur-pelabur seperti ini yang pegang begitu banyak unit hartanah sehingga menyebabkan harga rumah jadi tidak masuk akal. Di mana mereka buat duit tambahan atas angin guna OPM (others people money iaitu duit Bank).

Kerajaan tidak sepatutnya kasihan kepada golongan lintah darat seperti ini. 

P/S : Time rakus tidak ingat dunia dahulu, sikit pun tidak pandang belakang kann. Semestinya Berita Semasa setuju kawalan yang dilakukan terutamanya oleh pimpinan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui Bank Negara Malaysia. Pembiayaan mudah sangat boleh sebab spekulasi hartanah yang melampau.

sumber : beritasemasa.com