Sunday, 25 October 2015

Bateri Vape Terbakar Dalam Penerbangan Malindo Air

 

PUTRAJAYA: Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas seketika selepas bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian pada kira-kira 6.45 petang semalam itu berlaku selepas pesawat jenis Boeing 737-800 terbabit berlepas dari Kota Kinabalu ke KLIA2. 

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata kebakaran tersebut berlaku semasa penumpang berkenaan sedang menonton tayangan video di paparan skrin di tempat duduknya.

"Ketika leka menonton secara tiba-tiba bateri vape dalam beg yang berada atas peha lelaki itu terbakar. 
"Kebakaran kecil itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan ringan di peha dan lengan kiri, namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang lain yang kebetulan seorang doktor," katanya ketika dihubungi. 

Abdul Aziz berkata tindakan pantas anak kapal berjaya mengawal kebakaran dan pesawat selamat mendarat di KLIA2 pada 8.44 malam.

Beliau berkata lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis sejurus mendarat. 

Namun tiada aduan diterima daripada pihak Malindo Air sehingga kini berhubung kejadian itu. -- Bernama 

sumber : mstar.com.my/

Kontraktor ghaib 75 hari hidup semula

PENDUDUK kampung mengangkat Azhar selepas menemuinya dalam keadaan tidak bermaya dan diselaputi lumpur di kawasan jeti nelayan Batu 4, Jalan Genting, Klang kelmarin.

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI

KLANG – Misteri kehila­ngan seorang kontraktor landskap, Azhar Muhammad, 45, selama 75 hari berakhir dengan kisah pelik yang menakjubkan apabila dia ditemui orang ramai dalam keadaan masih hidup serta diselaputi lumpur di jeti nelayan Batu 4, Jalan Genting, Kampung Rantau Panjang, Klang di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, Azhar yang dikenali sebagai DJ Kahong pergi ke jeti yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk mencari siput belitung di kawasan hutan bakau kira-kira pukul 7 malam. 

Ketua UMNO cawangan Kawasan Tengah Batu 4, Jalan Genting itu bagaima­napun hilang dan gagal dikesan sekitar pukul 11 malam hari berkenaan.

Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat selama dua hari dengan bantuan anjing pengesan sebelum menghentikan operasi selepas gagal mengesan jejak mangsa. 

Menceritakan misteri kehilangannya selama lebih dua bulan itu, ujar Azhar, kira-kira pukul 11 malam semasa berada di kawasan paya ber­kenaan, dia telah didatangi seorang lelaki tua yang memakai baju putih.

“Dia kemudiannya membahasakan diri sebagai ‘Mbah’ sebelum mengajak saya untuk ke satu tempat tidak jauh dari situ. 

“Dia mula memberitahu saya yang dia kenal semua susur galur keturunan saya.

“Selain itu Mbah turut menyerahkan beberapa barang kepada saya antaranya tali kuning, sebilah keris dan se­utas tasbih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang di sini semalam. 

sumber : kosmo.com.my/

Bajet 2016 : Tuntutan Elaun Kos Sara Hidup Cola Pekerja Swasta? Anda Bersetuju?



Jikalau sebelum ini kumpulan kakitangan awam sudah tampil membuat tuntutan melalui Cuepacs menuntut bahagian mereka dalam pembentangan Bajet 2016 yang akan berlangsung hari ini iaitu sekitar pukul 4 petang nanti, yang mana Cuepacs telah menuntut 3 bulan bonus. Kali ini… 

Kali ini pekerja swasta juga tidak mahu ketinggalan melalui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ada beberapa cadangan yang dirasakan mereka relevan utnuk dilaksanakan pada Bajet 2016 Malaysia kali ini.

Tuntutan MTUC : Elaun Kos Sara Hidup dan Gaji Minimum?

Antaranya ialah :
  1. pemberian elaun bantuan sara hidup (Cola) untuk pekerja swasta sepertimana dilaksanakan dan dinikmati oleh kakitangan awam
  2. kenaikan gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan bagi pekerja swasta di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Tertanya-tanya Berita Semasa siapa yang perlu bayar cola tersebut. Majikan? Selepas itu gaji minimum RM1,200 sebulan mahu dilaksanakan juga dalam keadaan ketidakseimbangan ekonomi Malaysia dan dunia hari ini? 

Bagi Berita Semasa pada masa sekarang inilah, sudah dapat kerja pun sudah dikirakan baik. Tetapi kita boleh tengok sendiri macammana mekanisme gaji minimum di Malaysia dilaksanakan :
  • Sebelum ini sepatutnya gaji minimum khusus untuk pekerja swasta tempatan sahaja dan mengikut sektor
  • Tiba-tiba dilaksanakan terhadap pekerja asing sekali. Untung mereka, tidak perlu bersusah payah membuat tuntutan.
Benar, jikalau ikutkan siapa tidak mahu gaji naik banyak. Betul? Penetapan gaji minimum sepatutnya melibatkan pelarasan keseluruhan gaji setiap peringkat tetapi syarikat tidak mampu.
  1. Jadi kenaikan hanya melibatkan pekerja bawahan.
  2. Kos operasi meningkat tanpa peningkatan produktiviti terutama sekarang ni.
  3. Akhirnya mula buang pekerja.
  4. Gaji besar 2-3 bulan selepas tu tiada kerja
  5. Inilah realiti sektor swasta hari ini
  6. Jadi, Berita Semasa sama sekali tidak bersetuju jikalau sesuatu cadangan itu bersifat sementara, tetapi dalam pada masa yang sama datang pula masalah lain yang lebih besar.
  7. Buat masa sekarang ini tidak perlu elaun kos sara hidup COLA terlebih dahulu
  8. Perbetulkan sistem dan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia yang masih lagi bercelaru
  9. Selepas gaji minimum di Malaysia berjaya dilaksanakan sepenuhnya tanpa ada pekerja swasta yang tertindas, barulah kita boleh menginjak kepada tuntutan seterusnya iaitu elaun kos sara hidup COLA pekerja swasta di malaysia
Dengan gaji minimum pun banyak majikan yang memebrikan seribu satu alasan, inikan pula mahu dilaksanakan elaun kos sara hidup COLA bagi pekerja swasta? Apabila majikan tiada kekuatan untuk melaksanakannya, yang kena buang kerja pekerja juga. 

Jadi, Berita Semasa sama sekali tidak mahu melihat perkara sebegini terjadi berulang kali. Nah….Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan apa yang sedang berlaku dalam pasaran di sebelah utara Malaysia sana. Antaranya….
  1. AMD sudah join venture dengan Nantong Fujitsu electronic
  2. Western Digital di Pulau Pinang sudah tutup dan pindah pergi ke Kuala Lumpur. WD sudah pun mengambilalih Sandisk
  3. HGST mungkin akan tutup plant di Penang penang dan pindah ke Johor Bahru
  4. Amphenol Bayan Lepas plant 1 akan tutup dan pindah ke China
  5. Dell mengambilalih EMC
  6. Blaupunkt kemungkinan file for liquidation dan HQ file bankrupt
  7. Motorola jual SC pada Sanmina
P/S : Pada masa sekarang ini, Berita Semasa merasakan cukup dengan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia. Untuk yang lain termasuk elaun kos sara hidup COLA mungkin boleh dipertimbang dan dituntut semula pada masa akan datang. Ini kerana sektor swasta sedang bergoyang sekarang ini. 

sumber : beritasemasa.com.my/