Monday, 11 April 2016

Tikus Sama Saiz Dengan Bayi!

Tikus yang ditangkap oleh Jeff Sullivan

GRIMSBY - BRITAIN. Seorang anggota pengawal binatang perosak berjaya menangkap seekor tikus besar yang mempunyai saiz sama dengan seorang bayi.

Laporan Dailymail UK mengatakan tikus yang berukuran 2 kaki panjang tersebut ditangkap di Humberston selepas dilaporkan orang awam.

Pemilik syarikat kawalan binatang perosak, Jeff Sullivan, 58 mengesahkan tikus tersebut adalah yang paling besar beliau pernah lihat.

"Sebelum ini terdapat ilusi dalam gambar tikus yang ditangkap, menunjukkan saiz tikus lebih besar dari yang sepatutnya," kata Jeff.

"Tikus ini adalah yang paling besar pernah saya saksikan," tambah Jeff lagi yang sudah berkhidmat selama 18 tahun dalam bidang tersebut.

Kata beliau, kehadiran tikus membuktikan terdapat pencemaran yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

"Tikus membawa 35 jenis penyakit termasuk kencing tikus dan gigitannya yang merbahaya.

"Tikus juga boleh melindungi diri sendiri terhadap racun tikus, jadi adalah lebih baik jika anda gunakan khidmat pakar," jelas Jeff panjang lebar. - sinarharian.com.my/

Sunday, 10 April 2016

Video: Ngerinya, Camana Ikan Boleh Masuk Dalam Mulut?


VIDEO memaparkan doktor dan kakitangan perubatan sedang mengeluarkan seekor ikan dari mulut seorang lelaki kini tersebar di media sosial.

Dalam rakaman berkenaan lelaki tersebut dapat dilihat menahan kesakitan yang amat sangat ketika ikan yang masih hidup itu, dikeluarkan dari mulutnya menggunakan sejenis penyepit.

Selepas susah payah mencuba akhirnya ikan berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih bergerak-gerak sementara mulut pesakit dipenuhi darah.

Rata-rata komen menyatakan ianya ikan puyu meskipun di awal video kedengaran suara menyebut ikan talapia.

Punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan walaupun ada yang memberi komen ikan berkenaan melompat ke dalam mulut mangsa, selain ada juga mendakwa ianya berlaku ketika lelaki ini sedang berlawak mahu masukkan ikan ke dalam mulut namun ianya benar-benar terlepas.

Walau apa pun, moralnya kat sini adalah ikan bukan sejenis binatang seperti kucing yang boleh dibawa bergurau atau selfie bersama. –mynewshub.cc/


Kecoh, Wanita Sudah Mati Cari Pembunuhnya Guna Facebook


SEBUAH akaun Facebook menjadi sensasi dan hangat diperkatakan di Filipina, apabila seorang gadis cantik yang telah meninggal dunia dikatakan meminta bantuan orang ramai mencari pembunuhnya menerusi laman sosial tersebut.

Akaun Facebook ‘Justice for Jhoy Mercado – Edgel Durolfo’ itu, sering memuat naik status mahukan pembunuh yang masih bebas di luar sana, ditangkap.

Gambar selfie mangsa Edgel Durolfo bersama teman lelakinya, Rodney Ynchausti juga banyak dimuat naik admin page Facebook tersebut, seolah-olah menuduh dialah pembunuhnya.

Apa yang mencetuskan kontroversi, admin page tersebut tidak dikenali dan gambar serta cerita yang dikongsi membuatkan ada yang menuduh ianya dibuat oleh roh mendiang.

Bagaimanapun, ramai percaya page Facebook itu dibuat oleh individu lain yang berniat menakut-nakutkan pembunuh dan mahukan keadilan buat Durolfo.

Durolfo dilaporkan dihantar ke hospital oleh teman lelakinya sendiri dalam keadaan cedera di muka dan badan dipercayai teruk dipukul, sebelum meninggal dunia.

Selepas kejadian teman lelakinya lesap tanpa khabar berita dan pihak polis dilaporkan sedang berusaha mencarinya. –mynewshub.cc/