KUALA BERANG - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Demikianlah nasib
seorang penghidap kanser paru-paru, di sini yang sukar menamatkan perkhidmatan
sebagai kakitangan awam selepas namanya disenarai hitam akibat menjadi penjamin
pinjaman kenderaan.
Othman Ali, 58,
dari Rumah Murah Sungai Petai berkata, dia sudah membuat permohonan
pencen lebih awal setelah disahkan menghidap barah Mac 2015 namun tidak
diluluskan ekoran namanya telah diisytiharkan muflis.


