Saturday, 22 March 2014

Rekod komunikasi 54 minit terakhir MH370

KUALA LUMPUR: The Telegraph mendakwa memperoleh transkrip komunikasi 54 minit terakhir dalam pesawat Malaysia Airlines MH370.

Komunikasi terakhir berkenaan adalah antara kokpit MH370 dan pusat kawalan di darat iaitu ketika pesawat itu sedang bergerak (taxi) di landasan kepada mesej terakhir pada 1.07 pagi yang disampaikan pembantu juruterbang 'Alright, good night'.

Wakil The Telegraph, Jonathan Pearlman, dikatakan sudah melihat rekod komunikasi berkenaan, termasuk waktu yang amat penting sehingga membawa kehilangan pesawat berkenaan bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Rekod komunikasi itu dikatakan mendedahkan rakaman pertukaran mesej antara kokpit dan pusat kawalan udara ketika pesawat berkenaan dipercayai sudah disabotaj. http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10714907/Revealed-the-final-54-minutes-of-communication-from-MH370.html

sumber dipetik dari:-http://www.hmetro.com.my/myMetro/

Siapa penulis 'sajak buat Kapten Zaharie'?

SHAH ALAM - "Kapten Zaharie... Saya mungkin tidak kenal tuan, tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik," demikian antara bait permulaan sajak yang tersiar di Sinar Harian Online sejak dua minggu lalu.

Sebaik disiarkan, sambutan yang diterima pembaca amat luar biasa sehingga ia menjadi artikel pilihan top 5 tiga hari berturut-turut.

Namun, di sebalik penghayatan pembaca terhadap sajak yang ringkas ditulis itu, namun terpalit sedikit kontroversi mengenai siapa penulis sebenar sajak tersebut.

Terpanggil merungkai 'misteri' itu, akhirnya Sinar Harian Online berjaya menjejak penulis sebenar sajak, "Sajak buat Kapten Zaharie".

Hanya mahu dikenali sebagai Pnut Syafinaz, beliau berkata, dirinya terpanggil menulis sajak itu sebaik menonton laporan kehilangan MH370 di televisyen.

"Sehari selepas kehilangan pesawat berkenaan, terlalu banyak spekulasi dan cakap-cakap yang kurang elok mula 'bertebaran' di media sosial mengenai insiden itu.

[Artikel Berkaitan: Sajak buat Kapten Zaharie]

"Kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, maka terus sahaja saya mengemaskini 'wall' Facebook (FB) saya..secara spontan.

"Saya tulis apa yang jiwa saya rasa kerana letih dengan 'manusia-manusia aneh' di ruang maya dan saya tahu betapa ramai jiwa tengah sengsara, trauma mereka lalui hanya mereka yang rasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Ketika diminta mengulas mengenai kontroversi mengenai nama penulis sajak itu yang didakwa diplagiat, Syafinaz berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika nukilannya itu dikongsi.

"Saya tidak kisah kalau tiada kredit diberikan atas puisi itu, sebab saya menulisnya dari hati.

"Saya tidak perlukan kredit atas sebuah kejujuran, tetapi orang lain yang mengaku itu tulisannya kurang beretika, kalau ada yang mahu jadi penulis, jujurlah pada diri sendiri, bila kita jujur, penghargaan itu datang dengan sendiri.

"Saya sedang laluinya kini, bila semua orang menyukai apa kita tulis walau tidak sehebat mana, itulah pulangan paling manis," jelas beliau.

Tambah Syafinaz, sejak sajak tersebut dimuat naik, pelbagai pihak memberikan maklum balas positif kepada beliau.

"Saya sendiri tidak menyangka, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir ada minta kebenaran untuk membacanya pada umum.

"Ia amat menyentuh hati saya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menyangka, komposer, pengarah dan pelakon terkenal, Khir Rahman turut mengubah lagu untuk sajak itu.

"Beliau menggubah lagu dan menghasilkan melodi yang sedap dari nukilan itu.

"Ramai orang menyukainya. Lagu itu boleh didengar di 'wall' FB saya," tambahnya lagi.

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/

Dua objek sudah tenggelam

SEORANG juruterbang Tentera Udara Diraja Australia memantau keadaan laut sebelum melepaskan dua Boya Penanda Pengesan Data Sendiri di Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 semalam.

SYDNEY – Dua objek terapung yang dikesan melalui satelit di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth, dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) mungkin telah tenggelam.

Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, imej tersebut dirakamkan melalui satelit pada 16 Mac lalu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

"Objek ini kemungkinan sudah terapung di kawasan laut itu sejak pesawat ini dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

"Ia mungkin telah tenggelam ke dasar laut kerana sudah terapung terlalu lama," katanya.
Kerajaan Australia kelmarin mengumumkan penemuan dua objek besar yang terapung di laut, dipercayai serpihan pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.


Selain Australia, pesawat dari New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) telah menyertai misi pencarian itu manakala China dan Jepun pula akan menyertai pada hujung minggu ini.

Artikel dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/