SEORANG juruterbang Tentera Udara Diraja Australia
memantau keadaan laut sebelum melepaskan dua Boya Penanda Pengesan Data
Sendiri di Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 semalam.
SYDNEY – Dua objek terapung yang dikesan melalui satelit di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth, dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) mungkin telah tenggelam.
Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, imej tersebut dirakamkan melalui satelit pada 16 Mac lalu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
"Objek ini kemungkinan sudah terapung di kawasan laut itu sejak pesawat ini dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
"Ia mungkin telah tenggelam ke dasar laut kerana sudah terapung terlalu lama," katanya.
Kerajaan Australia kelmarin mengumumkan penemuan dua objek besar yang terapung di laut, dipercayai serpihan pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
Selain Australia, pesawat dari New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) telah menyertai misi pencarian itu manakala China dan Jepun pula akan menyertai pada hujung minggu ini.
Artikel dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
No comments:
Post a Comment