Thursday, 20 March 2014

Kritikan Dunia Terhadap Cara Malaysia Urus ‘National Crisis’? Komunikasi Lemah, Teruk, Tidak Cekap! Punca?

MH370 MAS Malaysia : Perdana Menteri datang dalam satu PC (Press Conference) yang melibatkan satu tragedi yang cukup trending di seluruh dunia sekarang ini (KLIK SINI). Tetapi…

Tetapi, hanya sekadar bagi datang kenyataan dan balik? Sedangkan beliau adalah pemimpin nombor satu di Malaysia. Satu dunia datang dan menumpukan sepenuh perhatian mengenai tragedi MH370 yang merupakan “national crisis” ketika ini. Malangnya…..

Malangnya, apabila wartawan dan media antarabangsa mahu bertanya kepada pemimpin besar seperti Perdana menteri atau Presiden, Perdana Menteri tidak mahu menjawabnya. Kalau begitu siapa lagi yang patut ditanya?
New York Times Mh370Inilah buat pertama kalinya di dunia, sekali lagi…..di dunia Perdana Menteri atau Presiden baik dari China, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, India dan lain-lain lagi datang memberikan Press Conference (PC) tetapi kita tidak membenarkan soalan diajukan kepada Perdana Menteri kita. What?

Jadi pemimpin negara mesti berani, ada pendirian, bukan sahaja berani ketika Malaysia dipuji dilambung tinggi dengan kata-kata yang “indah-indah ibarat di syurga” seperti yang dilaporkan melalui media arus perdana tetapi juga mesti berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan lebih-lebih ketika Malaysia ditimpa tragedi MH370 seperti ini di mana lensa kamera dan mata penduduk dunia ditumpukan ke arah bumi Malaysia.

Press Conference MH370 : Najib Razak VS Media Antarabangsa Berprofil Tinggi?

  • Mesti berani berhadapan dengan media
  • Mesti berani menjawab setiap soalan yang berbangkit dan isu dengan baik
Sekarang ini. bukan lagi situasi di mana pemimpin negara berhadapan dengan media arus perdana (KLIK TAHAP MEDIA DI MALAYSIA) seperti ______________, ______________ yang boleh mereka datang dan pergi tanpa mahu menjawab soalan. Kali ini, satu dunia media anarabangsa yang lebih berani, ada pendirian, ‘keras’ mahu mendapatkan jawapan. Baik itu yang pertama.
Keduanya adalah cara Malaysia kendalikan “national crisis” melibatkan tragedi MH370.

Berita Semasa sebenarnya masih lagi terngiang-ngiang beberapa soalan daripada media antarabangsa dan jawapan daripada pemimpin dan pegawai tertinggi negara. Contohnya?

Press Conference MH370 : Senarai Contoh Soalan Media & Jawapan Pemimpin Serta Pegawat Tertinggi Negara

Astro Awani MH370
  • Soalan kepada Zahid Hamidi : Adakah sudah menyiasat pilot Mh370 di rumahnya (BIODATA LENGKAPNYA DI SINI)?
  • Jawapan Zahid Hamidi : Ya…kita mesi siasat. Bukannya kita tuduh. Kita mahu dan kita sedang siasat dia.
  • Soalan kepada Hishamuddin : Adakah sudah menyiasat pilot MH370 di rumahnya?
  • Jawapan Hishamuddin : Eh…..kita tidak mahu siasat kapten Zaharie
Seorang kata sedang siasat. Seorang lagi pemimpin negara tidak mahu siasat. Erm….

mas mh370
  • .Soalan kepada Ketua Polis Negara (KPN) : Berapa ramai yang guna passport curi?
  • Jawapan KPN : Empat orang
Jauhari MH370 MAS
  • Soalan kepada Malaysia Airlines (MAS) : Berapa ramai yang guna passport curi?
  • Jawapan MAS : 2 orang
MH370 malaysia
  • Kenyataan Panglima Tentera Udara : Dapat kesan kapal terbang ada di Laut China Selatan dan telah berpatah balik.
  • Media bertanya : Tahu kapal terbang yang mana?
  • Kenyataan Panglima Tentera Udara : Tidak tahu
Beberapa hari selepas itu…..
  • Kenyataan Rasmi Datuk Najib semasa PC : MH370 dari Laut China Selatan telah menuju ke Lautan India

Tragedi Mh370 : Bagaimana Tahap Kerajaan Malaysia Urus “National Crisis”?

Kepada pemimpin dan pegawai tertinggi negara, ini isu yang sangat besar yang melibatkan ‘national security’.

Bagaimana kapal terbang boleh ‘cross’ Kelantan, Perak, Penang terus ke Kedah, kita tidak tahu? Apa dia…kita tidak tahu? Jikalau musuh datang serang Malaysia secara tiba-tiba bagaimana?

Seingat Berita Semasa, Datuk Najib sebelum ini ada memesan Marconi radar yang telah dipasang di Gong Kedah, Terengganu. ‘Very sotifiskated radar‘. Bagaimana tidak boleh mengesan MH370? Ini kalau musuh serang Kedah, penang, tidak boleh nampak?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/mh370-mas-malaysia

No comments: