Thursday, 20 March 2014

Pilot MH370 & Thanos Kontogiannis : Salinan Email Pembelian Simulator Kapten Zaharie Didedahkan!

Pilot MH370 & Thanos Kontogiannis. Salinan Email Pembelian Simulator Kapten Zaharie Didedahkan! : Sebelum ini anak Pilot MH370, Aishah Zaharie kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang begitu mudah untuk cop ayahnya sebagai pengganas (DI SINI), orang penting merampas MH370. Malah…

Thanos Kontogiannis yang merupakan seorang moderator simulator penerbangan X-Sim-de dan Thanos Kontogiannis juga adalah rakan kepada pilot Mh370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sama sekali tidak menyangka rakannya itu difitnah sebegitu rupa.

Thanos Kontogiannis agak terkejut apabila beberapa pihak dilihat membuat kesimpulan mudah sehingga sanggup menuduh yang bukan-bukan pilot MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah termasuk terlibat dalam rampasan MH370 MAS Malaysia Airlines (MAS), cubaan membunuh diri dalam kapal terbang Mh370 dan macam-macam lagi.

Sepanjang perkenalan Thanos Kontogiannis dengan pilot MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, Thanos Kontogiannis menganggap pilot MH370 sebagai :
  1. bukan seorang pengganas
  2. peminat yang fanatik kepada dunia penerbangan
  3. kebanyakan juruterbang komersial termasuk Kapten Zaharie Ahmad Shah acapkali menghubunginya untuk tujuan menambah pelbagai ciri tambahan dalam simulator peribadi
Di bawah ini pilot MH370 sendiri, Kepten Zaharie Shah di dalam laman Facebooknya (sebelum ditutup) yang sempat dirakam :
Thanos Kontogiannis melontarkan persoalan dengan memberikan contoh dunia perlumbaan kereta. Setiap pelumba kereta mempunyai simulator perlumbaan di rumah masing-masing. Adakah ini bermakna mereka itu pengganas?

Bersama-sama ini, Thanos Kontogiannis ada berkongsi koleksi emailnya dengan pilot MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk tujuan pesanan simulator penerbangan :

Di bawah ini pula adalah gadjet-gadjet yang dihantar oleh Thanos Kontogianniskepada pilot MH370, Kapten Zaharie:

Luahan Hati Thanos Kontogiannis Terhadap Tuduhan Pilot MH370

“Di mana pun awak berada, saya berharap awak selamat!”
Zaharie bersama-sama dengan beberapa juruterbang lain membeli “motion controller” saya untuk menaik taraf simulator mereka. Saya berasa sedih apabila mendengar berita melalui media dengan “teori”  yang mengaitkan bunuh diri dan keganasan dalam Penerbangan Malaysia MH370 ke atas Zaharie.”

Saya telah mengenali beliau selama beberapa setahun dan mendapati dia sememangnya seorang lelaki, suami dan bapa yang baik. Beliau bangga dengan kepakaran beliau membina simulator itu, dia juga berkongsi dengan saya dan rakan yang lain (video YouTube yang tersebar)
Saya sudah bosan dengan laporan negatif media mengenai lelaki ini tanpa sebarang bukti, hanya teori!

“Saya percaya pengganas tidak akan cukup terbuka sebagaimana Kapten Zaharie dengan minat dan semangatnya terhadap simulasi penerbangan. Banyak juruterbang syarikat penerbangan komersial dari seluruh dunia menghubungi saya untuk membantu dalam simulator buatan mereka dan berkongsi minat yang sama seperti Zaharie. saya tidak melihat itu sebagai satu “ancaman”, saya melihat ia “semata-mata demi penerbangan” cuba anda perhatikan, pemandu kereta lumba turut mempunyai simulator mereka sendiri, adakah mereka boleh dianggap sebagai pengganas juga?
Apa pula kata anda?

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/pilot-mh370-thanos-kontogiannis-simulator-kapten-zaharie

No comments: