Friday 21 March 2014

Petunjuk paling kukuh

ANGGOTA Tentera Udara Diraja Australia bersiap sedia untuk berlepas dengan pesawat AP-3C Orion bagi mencari penerbangan MH370 di bahagian selatan Lautan Hindi.

Kuala Lumpur: Penemuan dua objek, satu daripadanya berukuran 24 meter panjang yang dikesan di Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia, dianggap petunjuk paling kukuh sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang 13 hari lalu.

Bagaimanapun, Pensyarah Institut Oceanografi dan Sekitaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir berkata, kawasan perairan dua objek yang ditemui itu dikenali sebagai lokasi ombak besar yang ketinggian melebihi 10 meter.

“Laut bergelora sepanjang masa serta cuaca buruk antara cabaran terbesar perlu dihadapi pasukan SAR.

“Misi ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan dan tidak mustahil bertahun berikutan kawasan itu cukup besar dengan kedalaman lebih empat kilometer,” katanya.

Menurutnya, selatan Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia selepas Lautan Atlantik serta Pasifik.

sumber dipetik dari:-http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Petunjukpalingkukuh/Article

No comments: