Saturday, 24 May 2014

LKIM peruntuk RM250,000 untuk nelayan di Limbang

Irmohizam melihat udang yang dijual di Pasar Tamu Limbang semasa lawatannya ke Sarawak, semalam. - FOTO: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

LEMBAGA Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membina pusat pengumpulan ikan (PPI) di Pasar Tamu Limbang, Sarawak selain RM50,000 untuk membaik pulih bumbung tempat letak bot di lapan kampung sekitar Limbang.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Limbang ialah lokasi strategik dalam mewujudkan PPI kerana berhampiran dengan Brunei, dan pusat itu dapat menghapuskan aktiviti orang tengah yang menjadi faktor kenaikan harga ikan.

“Apabila PPI Limbang siap sepenuhnya nanti, ia akan menjadi satu mercu tanda bagi nelayan di kawasan tersebut dan sekali gus membantu menaik taraf ekonomi nelayan di situ.

“Dengan adanya pusat pengumpulan tersebut nelayan boleh terus menjual hasil tangkapan mereka kepada orang ramai tanpa ada campur tangan orang tengah,” katanya selepas melawat perkampungan nelayan sekitar Limbang, Sarawak, semalam.

Irmohizam turut menyeru nelayan di Limbang supaya melakukan transformasi dari segi kegiatan ekonomi mereka seperti mewujudkan perniagaan berasaskan makanan laut dan industri hiliran.

“PPI Limbang kelak akan turut membantu nelayan mengeksport atau mengimport hasil tangkapan mereka mengikut skala dan keupayaan tertentu,” katanya.

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian

Friday, 23 May 2014

MALAYSIA KOMITED LAKSANA TPPA

DATUK Seri Najib Razak menjawab pertanyaan pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Kebangkitan Asia - Masej Untuk 20 Tahun Akan Datang" pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 di Tokyo, Jepun semalam. - Foto BERNAMA

Dua syarat perlu dipenuhi sebelum terima perjanjian

Malaysia komited melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tanpa terikat dengan tempoh masa rundingan kerana ia banyak memberi manfaat kepada rakyat dan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, paling penting adalah kandungan perjanjian itu harus memenuhi dua objektif iaitu mengembangkan perdagangan bebas dan membawa manfaat dari segi kadar pertumbuhan serta tambahan pelaburan kepada negara.

"Ia (TPPA) juga perlu menjaga kedaulatan negara kita dan tidak menjejaskan dasar yang diamalkan di Malaysia.

"Jadi, kita pegang pada dua prinsip ini dan saya telah bagi arahan pada pasukan perunding kita untuk merundingkan satu bentuk perjanjian yang boleh diterima oleh Malaysia, itu syarat kita berhubung TPPA," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Tokyo, semalam.
sumber dari : http://www.bharian.com.my/bharian/
Daripada Mutazar Abd Ghani di Tokyo Jepun

Thursday, 22 May 2014

Kelantan Negeri Paling Kotor di Malaysia VS Melaka Negeri Paling Bersih? Kelantan Kelantan Gagal?

Berita Semasa mendapat aduan daripada kalangan pembaca Berita Semasa sendiri apabila kalangan mereka mula melahirkan rasa kesal melihatkan keadaan kebersihan di negeri yang cukup terkenal dengan jolokan “serambi Mekah” ini berada pada tahap menjengkelkan.

Sehinggakan kerajaan Kelantan sendiri ada mengakui sebenarnya kempen “Kota BHaru Bersih” masih tidak berjaya sehingga ke hari ini. Antara Punca & Alasan Kerajaan Kelantan : Bandar Kota Bharu Kekal Kotor?
Walaupun pemimpin negeri Kelantan telah menemui puncanya dan asbabnya mengapa perkara sebegini berlaku. Apa katanya?

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata pada Persidangan Dewan Undangan Negeri :
  1. Pertambahan penduduk menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan semakin bertambah.
  2. Rakyat bertambah, sampah bertambah, kekotoran bertambah
Kelantan PAS
Lagi satu Berita Semasa perhatikan masalah dengan Kelantan ini adalah kekurangan saliran seperti longkang menyebabkan air acapkali bertakung.

Nasihat Berita Semasa kepada kerajaan Kelantan, apabila amanah telah diberikan kepada anda jalankan tanggungjawab dengan jaya dan jangan dipulangkan semula kepada rakyat anda dengan seribu macam alasan. Apa yang mereka mahu prestasi & pencapaian semakin meningkat dan bertambah baik.
Kelantan Pasar Siti Khadijah
Buatlah sesuatu, jangan biarkan masalah sebegini berpanjangan. Jangan sampai orang lain mendapat pandangan yang salah tentang Islam, kebersihan sebahagian daripada iman.

Berdasarkan pengamatan Berita Semasa dalam kebanyakan negeri di Malaysia, kerajaan melaka berjaya dalam kempen kebersihan mereka. Berita Semasa merasakan Melaka negeri paling bersih di Malaysia.. Ada orang Melaka di sini?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/