Friday, 12 September 2014

Vespa Primavera kembali dengan nafas baharu

KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd, pengedar tinggal Vespa di Malaysia memperkenalkan jenama klasik yang diberikan nafas baharu, Vespa Primavera.

Vespa Primavera, yang mula diperkenalkan di Itali pada 1968 menjadi antara model paling diingati dalam sejarah jenama Vespa sekali gus mencetuskan fenomena di seluruh dunia hingga kini.

Model lagenda itu kembali untuk menggembirakan generasi baharu peminat skuter di negara ini dengan penampilan lebih muda, inovatif, kemas dan dinamik dengan tanda harga bermula daripada RM11,888. Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, berkata Vespa memperbaharui model klasik dengan menggabungkan beberapa ciri-ciri utama Primavera dengan teknologi terkini Piaggio.

"Ia memberikan tunggangan hebat dengan kecekapan bahan bakar dipertingkatkan, kuasa lebih lancar dan keselesaan, menjadikannya sesuai ditunggang di kawasan bandar," katanya pada pelancaran Vespa Primavera di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus Jualan Piaggio Asia Pasifik, Brendan Ang; Naib Presiden Kanan NAZA World Group of Companies, Abdul Hamid Ismail dan Zakaria Ismail serta Pengurus Besar NAZA Premira, Farouk Faisal.

Bagi menyambut kepulangan model ikon itu, Naza Premira menawarkan jaminan setahun atau 10,000 kilometer.

Vespa Primavera dijana enjin tiga injap silinder tunggal dengan suntikan bahan bakar elektronik. Ia ditawarkan dalam empat warna iaitu Rosso Gragon (Merah), Monte Bianco (Putih), Nera Vulcano (Hitam) and Azzurro Marichiano (Biru Cair).

sumber : http://www.bharian.com.my/node/5656
Oleh Shahrizan Salian

Wednesday, 10 September 2014

Harga Iriz Proton 2014 Baru : Gambar Exterior, Interior Didedahkan. Beza Executive vs Standard vs Premium?

Harga Iriz Proton 2014 Baru : Gambar Exterior, Interior Didedahkan. Beza Executive vs Standard vs Premium? Berita Semasa boleh katakan di sini, model baru Proton 2014 (Iriz Proton 2014) telah membuatkan ramai teruja dengan kemunculannya. Dengan dana RM500 juta diperuntukkan selama tempoh 4 tahun pembangunannya, akhirnya Iriz Proton 2014 baru akan dilancarkan pada 25 September 2014 ini.

Sepertimana pendedahan….Berita Semasa julat harga Iriz Proton 2014 baru sebelum ini (KLIK DI SINI), hari ini Berita Semasa dedahkan satu demi satu harga Iriz Proton 2014 baru yang lebih spesifik mengikut varian.
Anda boleh semak harga harga Iriz Proton 2014 terbaru dan terkini seperti yang terdapat pada senarai di bawah ini yang ia terbahagian kepada 3 iaitu Standard, Executive dan juga Premium :

Harga Iriz Proton 2014 Standard :

  • Bermula serendah RM38,000

Harga Iriz Proton 2014 Executive

  • Harga 1.3 M Solid : RM42,800
  • Harga 1.3 M Metallic : RM43,300
  • Harga 1.3 CVT Solid : RM43,300
  • 1.3 CVT Metallic : RM47,300
  • 1.6 M Solid : RM46,800
  • 1.6 M Metallic : RM47,300
  • 1.6 CVT Solid : RM50,800
  • 1.6 CVT Metallic : RM51,300

Harga Iriz Proton 2014 Premium

  • 1.6 CVT Solid : RM54,800
  • 1.6 CVT Metallic : RM55,300

Beza Iriz Proton 2014 : Standard VS Executive VS Premium

 Seperti biasa, semakin kurang bajet anda, semakin rendah varian yang boleh anda perolehi. Sekaligus semakin berkuranglah fungsi dan kelebihan yang ditawarkan pada varian yang lain.

BERITA SELANJUT NYA KLIK DISINI

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

GST beri kesan positif

SANJEV Nanavati (kiri) dan Anne Marie Brooks pada sidang akhbar AMCHAM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dewan Perniagaan AmerikaMalaysia (AMCHAM) optimis cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memberi lebih banyak peluang perniagaan daripada syarikat luar dan kesan positif kepada negara ini dalam jangka masa panjang.

Presidennya, Sanjeev Nanavati berkata, tidak adil untuk mengatakan GST hanya akan memudaratkan ekonomi Malaysia kerana pengenalannya di manamana negara bertujuan meningkatkan dana kerajaan. Katanya, apabila kerajaan mempunyai kewangan yang mapan, mereka mampu untuk melaksanakan banyak perkara dalam meningkatkan persekitaran perniagaan supaya dapat menarik ramai pelabur asing.

"Memperluaskan asas cukai adalah baik dan harus diakui setiap syarikat tidak terlepas dalam mendepani isu berkaitan GST dan ia sememangnya perlu dijangka," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas membentangkan Kaji Selidik Unjuran Perniagaan ASEAN 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif AMCHAM, Anne Marie Brooks. Sebanyak 588 firma Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam kaji selidik itu dan 60 daripadanya syarikat Malaysia.

Firmafirma Amerika Syarikat kekal yakin terhadap prospek perniagaan di ASEAN pada 2015 dengan 74 peratus daripada mereka melaporkan perdagangan dan pelaburan di ASEAN meningkat dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, sentimen positif dicerminkan oleh 63 peratus oleh mereka yang ditinjau mengunjurkan keuntungan meningkat di Malaysia tahun ini manakala 81 peratus lagi menjangkakannya berlaku pada 2015. Mengenai Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA), beliau berkata, berbanding ramalan mengenai kesan kepada Malaysia berikutan perjanjian itu, negara lebih memerlukan pemahaman mengenainya.

"Saya tidak dapat mengulas lanjut tentang isu tersebut kerana tidak pasti sejauh mana proses rundingan berkaitan TPPA sedang dijalankan," katanya.

sumber : http://202.190.126.82/utusan/Ekonomi/
Oleh NUR HANANI AZMAN