Friday, 27 November 2015

Samseng gila talak ditangkap

Mazlan (tengah) menunjukkan sepucuk pistol jenis Baretta yang ditemui tersorok di bawah bantal tidur seorang penjenayah di Kampung Kulim, Pasir Puteh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang penjenayah yang dikehendaki polis di tiga buah ne­geri sejak empat tahun lalu berjaya ditahan polis pada Jumaat lepas selepas dia bertindak mengugut bekas isterinya dengan membakar peluru di hadapan rumah mangsa di Kampung Kulim, Pasir Puteh dekat sini. 

Ketika serbuan dilakukan pada pukul 4 petang hasil maklumat orang awam, sepasukan polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Berat (D9) IPK Kelantan di sini mendapati suspek berusia 30 tahun itu sedang tidur di rumah bekas mertuanya di kampung berkenaan. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek itu yang menyedari kehadiran polis untuk menangkapnya kemudian cuba melarikan diri dari rumah tersebut. 

“Suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dengan anggota polis yang kemudian berjaya menangkapnya. Pemeriksaan rapi berjaya menemui sepucuk pistol Baretta buatan Itali yang disorok di bawah bantalnya. 

“Dalam kelopak pistol itu, terdapat 15 butir peluru hidup jenis 9mm Luger AP 15. Sebutir peluru lagi berada dalam laras pistol. Dengan kata lain, suspek memang sudah bersiap-sedia untuk melepaskan tembakan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. 

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab. 

Mazlan berkata, pada 2011, suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memotong tangan seorang lelaki namun dia menghilangkan diri selepas mahkamah membenarkan jaminan ke atasnya. 

Beliau berkata, bagi mengelakkan dirinya ditahan pihak polis, suspek hidup berpindah-randah dan dia pernah melakukan ugutan bagi meminta bekas isterinya berusia 20-an rujuk semula kepadanya pada 24 Ogos lalu. 

“Lelaki berasal dari Machang itu seolah-olah gila talak apabila mengamuk dengan menunjukkan sifat kelakian di hadapan rumah bekas isteri­nya di Pasir Puteh apabila membakar peluru hidup. Artikel Penuh:

sumber : kosmo.com.my/

Thursday, 26 November 2015

Pengguna Kecewa Touch ‘n Go “Overcharge” Sesuka Hati


PENGGUNAAN kad prabayar Touch ‘n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi lorong tunai di beberapa tol di Malaysia. 

Bagaimanapun, muncul pula cerita kurang enak yang mendakwa sistem pembayaran elektronik ini tidak telus dan menyebabkan kerugian kepada pengguna. 

Antara yang berasakan dirinya menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook yang mendakwa sistem itu telah mengenakan cas sebanyak RM6 dan bukan harga asal tol yang patut dibayar iaitu RM1.30. 

Menurut Fifi Athirah, dia dikenakan lebihan cas sebanyak RM4.70.di tol Semenyih, Selangor. 

“Masa lalu lorong Touch ‘n Go untuk pembayaran dia tolak RM6.00 dan baki saya tinggal RM4.10. Sepatutnya ada RM10.10 – RM1.30 = RM8.80. 

“Boleh tak saya claim balik ‘RM4.70’ = RM6.00 – RM1.30. walaupun nilainya kecil bagi orang lain, bagi saya pengguna setia tol setiap hari amat bermakna nilai tersebut,” luahnya menerusi laman Facebook. 

Jelasnya, mengikut kebiasaan setiap hari dia akan membayar tol sebanyak RM9.80 untuk pulang dan balik kerja, namun akibat insiden ‘overcharge’ tersebut, pergi kerja sahaja bayaran tol yang dikenakan padanya adalah RM9.60. 

Kecewa dengan hal itu, Fifi berharap sistem pembayaran diselenggara dengan lebih baik agar kejadian sama tidak berulang lagi. 

Dalam pada itu di laman group Facebook ‘Semenyih’, pengguna turut meluahkan aduan sama tentang perkara tersebut.

Lebih parah, ada yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM56 apabila menggunakan kad Tonch n Go. 

Menurut seorang pengguna lebuhraya yang tidak mahu dikenali, kejadian ‘overcharge’ ini kebiasaannya berlaku apabila skrin pada baki Touch n’ Go tidak dipaparkan.

Oleh itu, pengguna diminta berhati-hati dan sentiasa memeriksa baki Touch ‘n Go anda.

sumber : mynewshub.cc/

Remaja Berjaya Larikan Diri Dari Jadi Mangsa Ro..gol, Suspek Berjaya Ditangkap Orang Awam


Kajang: Seorang remaja berumur belasan tahun warga negara jiran melalui detik hitam apabila dipercayai ditangkap dan dilarikan sebelum cuba dirogol oleh tiga orang lelaki di sini.

Namun, remaja berkenaan berjaya melepaskan diri selepas kereta jenis Gen 2 dipandu suspek terhenti kerana minyak habis dan dia mengambil kesempatan melarikan diri ke dalam sebuah restoran yang

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rotzarn Rashid, berkata dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras, di sini, menuju ke tempat kerja.

"Ketika sedang berjalan kaki, wanita terbabit didatangi seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan kapak yang secara tiba-tiba memegang tangan dan memaut leher serta mengugut mangsa mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dinaiki dua lagi rakannya sebelum membawa mangsa mengelilingi kawasan perumahan di sekitar Cheras dan Balakong," katanya dipetik BH Online.

Ketika dalam perjalanan itu, salah seorang suspek yang tempat duduk belakang, cuba membuka baju dan seluar mangsa sebelum cuba merogolnya.

Rotzarn berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 24 itu juga sudah ditahan, selepas mereka turut dipukul orang awam sejurus mangsa meminta bantuan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 395 kanun atas kesalahan melakukan samun.


sumber  - Siakapkeli.my