Friday, 5 February 2016

HANGAT SEKALI!!!...Kilafairy Suka Kongsi Gambar Melentik Dan Punggung Sendiri?


AMBOI.. pelakon dan penyanyi seksi Malaysia, Kilafairy kini dikhabarkan ‘taksub’ dengan tubuh badan sendiri, betul ke?

Desas-desus mengatakan Kila sekarang suka memuatnaik gambar-gambar yang melentik-lentik.. terutamanya bahagian pinggul.

Mana tidaknya, gosip baru-baru ini pun berpunca daripada gambarnya menayang pinggul menawan dan mantap itu sehinggakan ikon fesyen, Wak Doyok mengeluarkan ayat ‘merecik.’

Kalau dah semua gambar di laman Instagram nak menonggek bukan Wak Doyok je ‘merecik,’ semua lelaki yang tengok pun boleh merecik!

Apa pun jika diteliti di laman sosial Kila itu, memang banyak gambar-gambar yang menggoda dan menawan, sampai ada yang kata Kilafairy ni sebenarnya ‘obses’ dengan body cantik dia.

Tapi nak kata apa kan…memang wajah dan bentuk badan dia cantik… itu tak boleh nak nafi.

Bukannya nak menyibuk sentuh pasal isu ini, tapi lumrah jika bergelar artis, semua benda yang dibuat mesti ada yang tak kena.

Kalau bukan artis siapa pun tak peduli kan?

Jadi biarlah dia nak obses dengan diri sendiri ke obses dengan Wak Doyok ke atau diri orang lain, itu hak peribadi anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu, kita sebagai peminat atau pemerhati, tengok sajalah diam-diam kalau dah memang ‘rezeki‘ dia nak belanja.

Tapi harus diingatkan juga, kita ini bukan artis barat, aurat yang harus dijaga itu tetap perlu dijaga, kalau boleh jadilah artis yang mempunyai keperibadian diri tinggi dan tahu agama seperti ramai artis wanita sekarang ini, bertudung penuh dan menjaga batas-batas pergaulan walaupun diri seorang selebriti.


sumber : mynewshub.cc/

Mengejutkan!!!.. Telinga Budak 12 Tahun Jadi Sarang Ribuan Semut Gergasi


GUJARAT: Lebih 1,000 semut gergasi dikeluarkan dari telinga seorang budak perempuan selepas doktor mengesan sarang serangga itu.

Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila Shreya Darji, 12 dibawa ibu bapanya menemui doktor pakar apabila anak  sering mengadu tidak selesa pada telinganya sejak Ogos lalu.

Berasal dari Deesa di barat India, Shreya terpaksa berhadapan situasi pelik apabila sekurang-kurangnya 10 sebut akan keluar dari telinganya setiap hati.

Pakar unit leher, hidung dan telinga di sebuah hospital di sini, Dr. Jawahar Talsania berkata, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu normal.

“Dia juga tidak mengalami kesakitan, malah tiada kerosakan dikesan pada gegendang telinganya," kata Jawahar.

Sementara itu, bapa Shreya, Sanjay Darji, 40, berkata,semut itu akan keluar dari telinga anaknya setiap hari, termasuk ketika di sekolah.

Pengusaha bengkel membaiki televisyen itu berkata,  dia terpaksa membawa anaknya menemui doktor kerana keadaan Shreya semakin teruk.

“Saya telah melakukan apa yang saya mampu namun semua usaha itu gagal setakat ini kerana masih ada semut di dalam telinganya,’’ katanya.

sumber : mstar.com.my/

Harga Rumah BN Hanya RM80,000

PUTRAJAYA – Harga setiap Rumah Bina Negara (Rumah BN) yang bakal dibina khusus untuk belia luar bandar yang dijangka berharga tidak melebihi RM80,000 bagi membolehkan mereka mendapatkan pinjaman dan membayar ansuran sebanyak RM250 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya rumah jenis teres dan banglo akan dibina untuk program tersebut. Bagaimanapun ia tidak termasuk peralatan tambahan yang menjadi punca peningkatan harga.

Katanya, rundingan dengan pihak bank perlu dilakukan untuk memudahkan urusan pinjaman kerana rata-rata belia luar bandar tidak mempunyai slip gaji atau pulangan perniagaan yang tetap.

“Antara usaha yang akan dilakukan termasuk berbincang dengan pihak bank untuk mendapatkan pengesahan dari ketua kampung mengenai pekerjaan pemohon. Beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk pembinaan iaitu 2,000 di kawasan Risda dan 2,000 lagi di kawasan Felcra Bhd.

sumber : http://www.kosmo.com.my/