Saturday, 20 February 2016

"Anak perempuan saya tidak bunuh diri"

Juhari menunjukkan berita palsu yang tersebar di laman Facebook mengenai kejadian seorang wanita menembak mati anaknya sebelum membunuh dirinya di Uttaradit, Thailand ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai, Jitra semalam.

JITRA – Seorang bapa menafikan dakwaan anak pe­rempuan dan cucunya terlibat dalam satu kejadian bunuh diri di Uttaradit, Thailand se­perti tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Juhari Osman, 64, dari Kampung Tok Jalai berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 malam kelmarin selepas menerima panggilan telefon daripada seorang rakan.

“Itu berita palsu kerana anak perempuan saya, Nurulhuda, 33, yang sudah berumah tangga menetap di sekitar daerah ini bersama suami dan anak lelakinya yang berusia 6 tahun bukan di Thailand seperti yang didakwa.

“Cuma saya hairan bagaimana pihak terbabit memperoleh gambar kad pengenalan anak saya yang dilaporkan hilang sebelum ini dan kemudian mereka-reka cerita.

“Gambar-gambar yang dipaparkan termasuk gambar kad pengenalan seorang lelaki yang didakwa suami anak saya juga adalah tidak benar kerana kami tidak mengenalinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai sini semalam. 

sumber : kosmo.com.my/

Friday, 19 February 2016

Warga Bangladesh Ditangkap Cabul Kanak Kanak Dalam Toilet


Warga Bangladesh Ditangkap Cabul Kanak Kanak Dalam Toilet| seorang lelaki warga bangladesh lunyai di kerjakan warga akibat didakwa mencabul kanak kanak di dalam Toilet Cyber kafe k5 business park dalam kejadian kira kira pukul 10 malam semalam.

Katanya dalam kejadian kira kira 10 malam itu lelaki yang menjadi suspek berjaya di tangkap dan dibelasah orang ramai yang turut berada di tempat kejadian.

Gambar dan juga video yang di muat naik dalam laman media sosial turut mendapat perhatian ramai,sehingga menimbulkan kemarahan natizen.

Beberapa natizen juga mengaitkan perkara tersebut berkenan dengan  isu  1.5 juta  pekerja bangla yang akan di masukkan ke negara ini.

Nota: info penuh akan di kemas kini sehingga pihak polis mengesahkan kejadian. -http://eberita.org/


Parang Potong Daging Melekat Di Kepala Suami Curang

PARANG yang melekat di kepala lelaki itu.

BEIJING – Kerana berang selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang wanita di China bertindak menetak kepala lelaki itu dengan parang pemotong daging.

Dalam video yang dirakam di sebuah hospital tempatan, parang tersebut dilihat masih melekat di belakang kepala lelaki curang berkenaan.

Video yang menjadi viral selepas dimuat naik ke LiveLeak semalam dirakam sebelum lelaki itu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.

Dia juga kelihatan dalam keadaan masih lagi sedar dan hanya duduk sambil menjawab pertanyaan daripada beberapa jururawat.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama mangsa, isteri mahupun tempat kejadian. – Agensi/myMetro Online