Juhari
menunjukkan berita palsu yang tersebar di laman Facebook mengenai
kejadian seorang wanita menembak mati anaknya sebelum membunuh dirinya
di Uttaradit, Thailand ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai,
Jitra semalam.
JITRA – Seorang bapa menafikan dakwaan anak perempuan dan cucunya terlibat dalam satu kejadian bunuh diri di Uttaradit, Thailand seperti tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Juhari Osman, 64, dari Kampung Tok Jalai berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9 malam kelmarin selepas menerima panggilan telefon daripada seorang rakan.
“Itu berita palsu kerana anak perempuan saya, Nurulhuda, 33, yang sudah berumah tangga menetap di sekitar daerah ini bersama suami dan anak lelakinya yang berusia 6 tahun bukan di Thailand seperti yang didakwa.
“Cuma saya hairan bagaimana pihak terbabit memperoleh gambar kad pengenalan anak saya yang dilaporkan hilang sebelum ini dan kemudian mereka-reka cerita.
“Gambar-gambar yang dipaparkan termasuk gambar kad pengenalan seorang lelaki yang didakwa suami anak saya juga adalah tidak benar kerana kami tidak mengenalinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Jalai sini semalam.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment