MOHD. NA’IM
menunjukkan laporan polis selepas mendakwa dirinya dipukul anggota
polis dalam satu sekatan jalan raya di rumahnya di Kampung Pondok Haji
Majid, Guar Chempedak, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di sebuah sekolah rendah di sini mendakwa dipukul beberapa anggota polis selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Gurun di sini Selasa lalu.
Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, Mohd. Na'im Zakaria, 30, mendakwa dipukul di kepala sehingga luka selain lebam di kedua-dua pergelangan tangan akibat digari sehingga menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Dakwa Mohd. Na'im, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani menuju ke rumahnya di Kampung Pondok Haji Majid, Guar Chempedak dengan menunggang motosikal jenis Naza Blade.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment