KUANTAN: Ikan paus yang ditemui terdampar di tepi
pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian, Isnin lalu
berkemungkinan tercedera, menyebabkan haiwan itu terpisah daripada
kumpulannya.
Menyatakan demikian hari ini, Dekan Fakulti Pengajian Sains Perikanan
dan Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd
Ghaffar berkata: "Paus berkenaan mungkin telah terkena kapal ataupun
kipas kapal menyebabkan ia tercedera sehingga menjejas sistem
navigasinya.
"Ini menyebabkan haiwan itu tersesat berhampiran Pontian.
"Tetapi agak melucukan apabila ada pihak sebelum ini mengaitkan gangguan emosi sebagai antara punca kematian haiwan mamalia itu.
"Ini kerana bedah siasat sendiri mendapati ia mati disebabkan lumpur yang memenuhi peparunya," katanya kepada Bernama di sini.
Sebelum ini, Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM),
Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim Muhammad Zulkifli
Abdullah berkata paus terbabit dianggar berenang sejauh 90 batu nautika
dari Pontian, sebelum terdampar di muara Sungai Sarang Buaya.
"Paus itu masih hidup ketika ditemui nelayan dan kemudian didapati mati
selepas tersangkut di dalam mendapan lumpur, kira-kira dua jam
kemudian," katanya.
Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang,
Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata paus berukuran 12 meter
panjang dan seberat 15 tan itu merupakan spesies terancam yang
disenaraikan Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN). - mstar.com.my/
No comments:
Post a Comment