Sunday 14 February 2016

3 Buah Kereta Terbakar Angkara Khianat??


Sebanyak tiga buah kereta yang diletakkan pemiliknya secara bersebelahan di tempat letak kereta Pangsapuri Camelia, Kota Damansara rosak dalam satu kebakaran di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, tiga buah kereta jenis BMW, Toyota Vios dan Proton Saga mengalami kerosakan di beberapa bahagian akibat kebakaran tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, PBK II, Zaidi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.25 pagi sebelum sebuah jentera serta ambulans Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke tempat kejadian. - K! ONLINE/utaranews.com/

No comments: