SUSULAN kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi yang mencabar belia dan anak muda Malaysia untuk bekerja dalam
sektor 3D: ‘Dirty, Difficult, Dangerous‘ telah menyebabkan kemarahan.
Akibat dari cabaran itu, Zahid berdepan dengan ‘serangan’ dari
pelbagai lapisan masyarakat dan kali ini, anak perempuan Zahid berdiri
teguh di hadapannya sebagai ‘perisai’ untuk mempertahankan cabaran
ayahnya itu.
Anaknya, Datuk Nurulhidayah yang juga Ikon Belia Negara mengeluarkan
kenyataan balas mempertahankan ayahnya di laman instagram miliknya
dengan menyifatkan rakyat Malaysia sekarang makin malas.
Mungkin Nurulhidayah tidak menyangka bahawa serangan balas kepada
mereka yang menghina dan mengkritik ayahnya itu akan mendatangkan
serangan bertubi-tubi ke atas dirinya.
Kini dia pula yang berdepan dengan pelbagai kritikan akibat dari kenyataan ‘berani mati’ itu.
Sebuah akaun Facebook parodi yang kononnya membawa suara orang ramai
bertindak membela rakyat yang berasa terhina dengan mencadangkan
Nurulhidayah bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan untuk
menyahut cabaran bapanya.
Status akaun parodi itu ternyata menarik minat Ikon Belia Negara itu
apabila dia berkata akan menunggu di Padang Masyar untuk bertemu pihak
yang melakukan kesilapan terhadap dirinya.
Dalam serangan seterusnya, akaun parodi itu cuba membangkitkan kemarahan warga Facebook dengan menulis:
Setakat berita ini ditulis, Amran Fans mempunyai pengikut besar hampir
900,000 orang. Dan masih tiada kenyataan balas daripada pihak Ikon Belia
Negara itu.
No comments:
Post a Comment