Friday 19 February 2016

Parang Potong Daging Melekat Di Kepala Suami Curang

PARANG yang melekat di kepala lelaki itu.

BEIJING – Kerana berang selepas mendapat tahu suaminya mempunyai perempuan simpanan, seorang wanita di China bertindak menetak kepala lelaki itu dengan parang pemotong daging.

Dalam video yang dirakam di sebuah hospital tempatan, parang tersebut dilihat masih melekat di belakang kepala lelaki curang berkenaan.

Video yang menjadi viral selepas dimuat naik ke LiveLeak semalam dirakam sebelum lelaki itu menjalani pembedahan untuk mencabut parang berkenaan.

Dia juga kelihatan dalam keadaan masih lagi sedar dan hanya duduk sambil menjawab pertanyaan daripada beberapa jururawat.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama mangsa, isteri mahupun tempat kejadian. – Agensi/myMetro Online

No comments: