Thursday 18 February 2016

Budak Umur12 Tahun Kahwin Lelaki Tua Kejutkan Ramai


BEIRUT – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun telah menggemparkan ramai selepas gambarnya berpakaian gaun pengantin dan mengahwini seorang lelaki tua, tersebar luas.

Visual mengejutkan tersebut malah menunjukkan suaminya, yang kelihatan lebih empat dekad tua daripada usia budak kecil terbabit berpaut mesra pada tubuh kecilnya.

Video itu berjaya dirakamkan di sekitar Lubnan dan telah mencetuskan kejutan hebat kepada masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun nasib baik budak berkenaan dan pengantin lelaki itu sebenarnya hanyalah berlakon.

Ia dirakamkan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa beribu-ribu kanak-kanak di Lubnan, Syria waima seluruh dunia telah terlibat dalam perkahwinan paksa.

Hampir 15 juta kanak-kanak semuda lapan tahun telah dipaksa berkahwin dengan lelaki berusia antara 60-an hingga 70-an.

Menurut data penduduk keluaran Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), seramai 1.2 bilion kanak-kanak perempuan dijangka dipaksa berkahwin pada 2050.

Lubnan kini telah memperkenalkan peraturan baharu yang diharapkannya dapat diluluskan Parlimen untuk membolehkan semua perkahwinan didaftarkan secara sivil. – Mynewshub.cc

No comments: