Pengangguran di Malaysia bagi tahun 2016
terus meningkat semula daripada bulan ke bulan di mana sehingga bulan
Januari 2016 dicacatkan kadar pengangguran di Malaysia sudah pun
mencecah 3.3 peratus. Naik 0.1 peratus daripada bulan sebelumnya.
Berita terkini yang Berita Semasa terima
apabila berlaku lambakan pengangguran di Malaysia sekarang ini,
sehinggakan lulusan ijazah farmasi, kedoktoran, pergigian masih lagi
mengambil masa yang cukup lama untuk diserapkan penempatan latihan amali
di hospital kerajaan.
Jikalau sudah terlalu ramai, mengapa
masih lagi banyak slot untuk pengambilan jurusan-jurusan tersebut?
Mengapa tidak dikawal? Menteri cukup banyak di Malaysia. Semua mahu
kuasa. Kementerian Pendidikan Tinggi, apa tindakan anda sekarang ini?
Ini bukan sahaja bersandar kepada
jurusan kedotoran, pergigian, farmasi di Malaysia semata, tetapi semua
kursus pengajian di Malaysia. Kolej berlambak-lambak. Universiti
berlambak-lambak yang kadang-kadang menawarkan kursus yang kurang
permintaan pada masa sekarang.
- Yang cukup-cukup makan pun diterima masuk kolej
- Jangan risau yuran pengajian katanya, PTPTN ada bagi pinjaman
- Asal dapat masuk kolej
- Mentaliti seperti ini yang sedang cuba diserapkan kepada minda-minda pelajar lepasan SPM
Hakikatnya, kesilapan kerajaan tiada kawalan begitu banyak lambakan kolej swasta hari ini. Dan berterusan sehingga ke hari ini.
Hari ini, graduan perubatan, pergigian,
pendidikan bukan jaminan kerja. Apatah bidang lain seperti kejuruteraan.
Tiada jaminan kerja selagi masalah keseimbangan penawaran dan
permintaan dalam pasaran kerja tidak disemak dan dikawal oleh kerajaan.
Terkini, statistik daripada Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendedahkan di mana :
Statistik Terkini Penganguran di Malaysia? Data MEF?
- 200,000 siswazah mengangur di Malaysia
- Angka tersebut tidak termasuk kalangan yang baru habis Diploma, Sijil mahupun lepasan SPM
- Tahun 2015, telah mencatatkan sejumlah 26,000 telah pun kena berhenti kerja
- MEF jangkakan tahun 2016, lebih ramai lagi pekerja akan dibuang dan diberhentikan majikan masing-masing
P/S : Selepas mendengar sendiri ucapan
Zahid Hamidi mengenai isu kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh, Berita
Semasa boleh jangkakan halaju dan apa kan terjadi kepada nasib Malaysia
umumnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam tempoh 4,5 tahun akan datang. - beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment