Thursday 18 February 2016

Dua Peragut "Lunyai" Dibelasah Penduduk Kepong


RAKAMAN video dua peragut lelaki yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang awam dalam kejadian di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, tersebar.

Menerusi visual, kedua-dua suspek berusia 20-an itu dilihat ‘lunyai’ berlumuran darah akibat tidak mampu mempertahankan diri setelah dibelasah.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berjalan ke tempat kerja sebelum didatangi oleh dua lelaki berkenaan dari arah belakang.

Difahamkan, salah seorang daripada lelaki warga tempatan itu merentap beg tangan mangsa sebelum mangsa terjatuh dan mereka melarikan diri.

Bagaimanapun, reaksi segelintir netizen di media sosial yang melihat rakaman tersebut seakan simpati terhadap kedua-dua suspek yang berlumuran darah akibat dibelasah secara kejam.

“Saya juga pernah diragut, namun saya tak rasakan orang awam perlu membelasah penjenayah sehingga sebegini rupa…bukankah kita mempunyai pihak polis dan undang-undang bagi menghukum mereka?,” tulis Kavin Lawrence.

“Perlukan lelaki ini dipermalukan sehingga sebegini rupa? Kesian saya tengok, yelah walaupun mereka ‘layak’ dibelasah,” tulis Vasantha Krishnan. - mynewshub.cc/

No comments: