Thursday 18 February 2016

"Tour pela_curan" tawar khidmat melalui WeChat


BANDARAYA MELAKA - Penahanan seorang wanita di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Taman Melaka Raya, di sini mendedahkan penjelajahan aktiviti pelacuran dilakukannya di seluruh Malaysia dengan perkhidmatan mencecah RM1,200 setiap pelanggan.

Aktiviti tidak bermoral itu didedahkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas membuat serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 11 malam, 13 Februari lalu hasil aduan orang awam.

Difahamkan, wanita yang menawarkan perkhidmatan serendah RM300 dan memasarkan aktiviti pelacurannya melalui penghantaran mesej menerusi WeChat itu dipercayai bergerak sendiri tanpa melibatkan ibu atau bapa ayam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, ketika serbuan wanita yang dipercayai sedang menunggu pelanggan itu membuka pintu bilik hotel dengan berpakaian jarang berwarna merah lalu terkejut dengan kehadiran anggota JAIM.

"Pemeriksaan kemudian dilakukan di bilik itu dan kita menemui satu kondom yang sudah digunakan, 13 kondom belum digunakan, pelincir, wang tunai lebih RM6,000 dan dua telefon bimbit.

"Sebuah komputer riba mengandungi gambar wanita itu yang dipercayai digunakan untuk mengiklankan perkhidmatannya di WeChat turut ditemui dan diambil sebagai bahan bukti," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai rekod nikah di Johor Bahru 10 tahun lalu itu kini disiasat di bawah Seksyen 75 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri. - sinarharian.com.my/

No comments: