SHANGHAI – Golongan kaya di China kini kemaruk untuk
memiliki spesies monyet kecil atau Marmoset, dipercayai hadiah paling
ideal sempena Tahun Baharu China walaupun menyalahi undang-undang China.
Laman web di Shanghai berkata, jual beli haram dan kejam ini
membabitkan harga yang boleh mencecah sehingga 30,000 yuan (RM18,930)
seekor.
Berasal dari Hutan Hujan Amazon, Marmoset adalah antara primat terkecil di dunia, dengan berat hanya mencecah 100 gram.
Menurut Zoo San Diego, haiwan ini kini terancam akibat nilainya di pasaran antarabangsa.
Sebelum ini, selera golongan kaya dan elit tertumpu kepada memiliki
anjing Mastiff Tibet, yang boleh mencecah sehingga AS$278,000 (RM1.1
juta).
Selepas tindakan membanteras rasuah di China, nilai anjing Mastiff
Tibet menjunam dan kegilaan terhadapnya mula berkurangan, lapor New York
Times. – Agensi
No comments:
Post a Comment