Gadis 15 tahun yang tidak disiarkan namanya itu mendakwa, dia dirogol
untuk kali kedua oleh seorang pengawal keselamatan Kolej Perubatan dan
Hospital Mahatma Gandhi (MGMCH) di bandar Jamshedpur.
Dia mendakwa dirogol kali kedua selepas beberapa hari dimasukkan ke
hospital berkenaan selepas diperkosa seorang remaja di kawasan tempat
tinggalnya, lapor The Independant.
Hospital awam di India sering sesak dan mempunyai kawalan keselamatan yang longgar.
Selain itu, anggota polis Superintendent Chandan Jha memberitahu AFP
bahawa pengawal keselamatan tersebut telah ditangkap dan gadis itu pula
dipindahkan ke sebuah "hospital yang terbaik" di bandar itu untuk
rawatan lanjut.
"Kami mendaftar kes ini... dan kini menunggu laporan perubatan gadis itu," kata Chandan.
Kes itu timbul selepas protes besar-besaran di Kolkata pada Jumaat yang
diketuai oleh kumpulan hak asasi progesif wanita India AIPWA.
Ekoran bantahan itu, tiga lelaki dihukum mati kerana disabitkan
kesalahan merogol beramai-ramai dan membunuh seorang wanita berusia 20
tahun pada 2013.
Gangguan seksual dan keganasan terhadap wanita di India mendapat
perhatian serius selepas insiden rogol beramai-ramai dan membunuh
pelajar fisioterapi, Jyoti Singh di Delhi selepas wanita tersebut dan
kawan lelakinya diserang dalam bas pada 2012.
Kes itu menarik perhatian nasional terhadap nasib wanita dan ramai yang menuntut hukuman yang lebih berat ke atas perogol. -ohmedia.com
No comments:
Post a Comment