Friday, 18 March 2016

Betul Ke Kedai Nasi Lemak Spiderman Kena Angkut Dengan MPKB? Ini Jawapan dari Abe Spiderman..


Hari ini tersiar di laman sosial Facebook kononnya gerai nasi lemak Abe Spiderman yang menjadi viral di seluruh Malaysia telah disita oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Gambar berkenaan tersebar dan rata-rata netizen melahirkan kemarahan kepada MPKB kerana disifatkan kejam kerana menghalang orang Melayu berniaga.

Selepas selidik ternyata semua penyebaran gambar berkenaan hanyalah fitnah semata-mata selepas Zawawi Ghazali, 29, atau Abe Spiderman melalui laman Facebooknya Nasi Lemak Abe Spider menafikan dakwaan berkenaan.

"Alhamdulillah sepanjang penjelajahan Abe Spider dari daerah ke daerah untuk berniaga,TIDAK PERNAH pun pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah angkut meja Abe Spider...Malah dorang sokong usaha Abe Spider."

"Tugas dan arahan patut dipatuhi...Doakan usaha Abe Spider untuk dapatkan lesen dipermudahkan," katanya.

Siakapkeli cuba menghubungi Abe Spider, menurut Abe, gambar yang diviralkan itu sebenarnya berlaku di Padang Bank, Kota Bharu, tujuan pegawai MPKB datang ke situ hanya memberitahu yang kawasan berkenaan tidak boleh berniaga.

"Mereka cuma bertanya, tak tahu ke kawasan itu tidak boleh berniaga dan saya menjawab tidak tahu,"

"Mereka tidak ada cakap kasar pun dengan saya, cakap pun baik-baik, lepas tu saya kemas barang kerana kebetulan dah tidak lama selepas itu untuk pergi ke program anjuran FAMA," jelas Abe ketika dihubungi. - Siakapkeli.my

Thursday, 17 March 2016

Penampilan Terkini Nur Amalina Bakri Pelajar Cemerlang Yg Memperoleh 17 A Sgt MENGEJUTKAN


Masihkan Anda Ingat Nur Amalina Che Bakri Pelajar Cemerlang Yang Memperoleh 17 A??? Beliau Dikatakan Telah Pun Gagal Dalam Pelajarannya Oleh Kerana Perubahannya Yang Mendadak. Tapi 8 tahun Kemudian Amalina Sekali Lagi Mengejutkan Rakyat Malaysia Setelah Lama Menyepi!!

Tahniah Nur Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru dan terkini Nur Amalina Che Bakri terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.

Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), dan buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial).

Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?

Keputusan SPM 2004 dengan 17A
Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.

Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik.

Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih.

Bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London.

Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi lagi.

Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA.

Nur Amalina Che Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik.

Jikalau anda mahu lihat contoh resume Aamalina Bakri, bleh semak di profil Linkedin miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri.

Apa yang boleh Berita Semasa dengan satu kata, Impressive.

Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her.

Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah.

Dan semakan Berita Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36.

Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.

Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.

Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.

Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.

“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.

“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP. - http://kainkembang.blogspot.my/

Jumlah Wang Yang Dihantar Pulang Oleh Pekerja Asing Ke Negara Asal Mereka RM34.75 bilion

Pekerja asing di Malaysia menghantar wang berjumlah RM34.75 bilion ke negara asal mereka pada tahun 2015. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang dihantar pulang oleh pekerja asing ke negara asal mereka meningkat sebanyak 23.2 peratus kepada RM34.75 bilion pada tahun 2015 berbanding pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, mengikut statistik pada tahun 2014, sejumlah RM28.21 bilion wang dikirimkan ke luar negara.

“Berdasarkan rekod, destinasi utama kiriman wang ke luar negara sejak 2011 hingga 2015 ialah Indonesia, diikuti Bangladesh, Nepal, India dan Filipina.

“Dari aspek peningkatan jumlah aliran wang keluar pada tahun 2011 merekodkan kadar 17.1 peratus dan angka itu meningkat kepada 23.2 peratus bagi 2015,” kata beliau.

Johari memberitahu demikian pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam bagi menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang meminta Menteri Kewangan memperincikan jumlah wang yang dihantar balik oleh pekerja asing ke negara asal masing-masing mulai 2010.

Menjelas lanjut, kata beliau, pada 2014, sejumlah RM28.21 bilion wang dari negara ini dihantar ke beberapa buah negara luar, 2013 (RM22.7 bilion), 2012 (RM18.4 bilion) dan 2011 (RM15.7 bilion).


sumber : kosmo.com.my/