KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd
(Prolintas) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus
sempena sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Zainudin A.Kadir berkata diskaun itu ditawarkan kepada pengguna di di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Katanya, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun itu selama dua hari bermula 28 Julai dari pukul 6 pagi.
"Prolintas sekali lagi menawarkan diskaun tol kepada semua pengguna rangkaian lebuhraya Prolintas seperti lazimnya pada setiap perayaan utama. Pemberian diskaun ini termasuk di dalam aktiviti tanggungjawab sosial Prolintas," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Zainuddin turut menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan serta berhati-hati semasa musim perayaan ini.
Orang ramai boleh mengikuti maklumat trafik Prolintas terkini di Twitter AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web www.prolintas.com.my. - Bernama

No comments:
Post a Comment