Wednesday, 23 July 2014

Klon iPhone 6 sudah mula dijual

Telefon pintar iPhone 6 masih belum dilancarkan tetapi sebuah syarikat yang terkenal sebagai pakar klon telefon pintar GooPhone telah pun mengeluarkan telefon model terbaru mereka iaitu GooPhone i6.

Model terbaru GooPhone itu jika dilihat ia seakan-akan reka bentuk iPhone 6 yang dijangka sama seperti ini.

Dipetik dari Mynewshub, GooPhone i6 ini akan dipasarkan dua bulan lebih awal sebagai pengganti kepada GooPhone i5s yang juga merupakan klon model iPhone 5s.

Model terbaru i6 ini akan tampil dengan skrin qHD IPS 4.7 inci, dengan menggunakan pemproses quad-core serta dengan 1GB RAM, kamera belakang 13 megapixel, kamera hadapan 5 megapixel dan 8GB memori simpanan dalaman.

GooPhone i6 akan mula dipasarkan di China pada 1 Ogos depan pada harga sekitar RM477 dan hanya ditawarkan dalam warna emas sahaja.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/

No comments: