Thursday, 24 July 2014

Labur lebih RM40j bangunkan Clixster

chris brown, cinta teragung hazama, snoop dogg, ayu ting ting, aku lebih dulu, ku petik bintang, bootyclap, adera lebih inda, fiona, beyonce party, kau tetap allah-nikita, aderai, friday, hungry eyes, stonecold chris benoit, glee sitcom, anies baswedan, laura story, female rap new, adera born, lebih, let it be, ke$ha tik tok, india progressing, infinity, sidney mohede, almighty god, kasih abadimu, aishiteru, cros botom, kotak beraksi live, ku dalam menyembahmu, dangdut serem, farhat abbas, gbi bethany, acha, reserve cowgirl, juvenille, andera lebih indah, i surrender all, 8 hari seminggu, katarina andjelic cakana, lebih dalam kumanyembah, lil wayne, slank terlalu manis, fatin, lagu lucu, lebih inda, far east nayid, grenade lyrics, avril lavigne complicated, lil kim, lebih dari, closing escalades 2012, aku mencintaimu, stupid hoe nicki, child labour, cinta halal, betapa indahnya, dodit suci 4, jhony simbolon, stoner remix, adera terlambat, kuberikan kepadamu, layak di sembah, chantal della concetta, bintang di surga, al layaly, alvin and chipmunk, dove and grenade, begitu indah, sing2guitar, kaulah segalanya, gilang dirga, budinol, kapanlagi com video, jotta alleluia, cindy labur, bina vokalia, justin bieber baby, ader, indian beul, so7, love is cinta, cinta fitri, simrin player, forever chris tomlin, liza hanim, jamica kumaha sia, ldr raisa, boom boom boom, kukatakan dengan indah, gucci gucci, feminism documentary, stevan lebih indah, asmaradana, acha super junior, anuar zain terbaru, diantar bintang,
Megat Radzman

CLIXTER Mobile Sdn Bhd (Clixster) membelanjakan lebih RM40 juta untuk membangunkan syarikat itu agar setanding dengan syarikat telekomunikasi gergasi yang lain di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Clixster, Datuk Megat Radzman Megat Khairuddin berkata, jumlah itu nyata berbaloi dengan apa yang berjaya dicapai oleh Clixster sehingga kini.

"Clixster bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) mula menembusi pasaran pada 2012 tetapi hanya mengukuhkan kedudukan 2013.

"Dengan usia tidak sampai setahun, kami mempunyai jumlah pelanggan mencecah hampir 650,000," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Clixster di Sri Hartamas, kelmarin.

Menurutnya, Clixster merupakan syarikat pertama di rantau Asia Tenggara yang tersenarai dalam bursa saham di New York.

"Penyenaraian di bursa saham di New York satu pencapaian yang amat membanggakan.

"Jadi, dengan kejayaan menggalakkan itu, ia merupakan satu semangat buat kami untuk capai sejuta pelanggan menjelang hujung tahun ini," katanya dan berkata, Clixster kini mempunyai 8,500 cawangan di seluruh negara.

Menurutnya, Clixster akan melangkah satu tapak lagi dengan penubuhan anak syarikat yang berpangkalan di luar negara.

"Kami akan buka satu anak syarikat Clixster yang akan berpangkalan di London kelak," katanya.

Beliau berkata, syarikat talian mudah alih diusahakannya tidak hanya tertumpu kepada panggilan, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pelan data sahaja tetapi turut menyediakan satu landasan untuk memberi nilai kehidupan yang lebih baik kepada pengguna.

"Kami bukanlah syarikat yang memfokuskan kepada keuntungan semata-mata tetapi turut mengutamakan tanggungjawab kepada masyarakat menerusi aplikasi My Kifayah," katanya.

Ditanya tentang perancangan masa hadapan syarikat telekomunikasi itu, katanya, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang masih dalam peringkat perbincangan dan akan dilancarkan kelak.

"Kami akan perkenalkan perkhidmatan penghantaran wang melalui aplikasi mudah alih. Jumlah wang yang dihantar akan ditolak dengan tambah nilai yang dilakukan dan merupakan yang pertama seumpama itu di negara ini.

"Selain itu, kami juga akan perkenalkan perkhidmatan pembayaran bil di luar negara. Misalnya, seorang pekerja Indonesia yang ingin melunaskan pembayaran bil di negaranya, dia boleh bayar bil itu tanpa perlu buat sebarang transaksi. Semuanya hanya melalui talian mudah alih. Perkhidmatan panggilan terus antarabangsa (IDD) akan turut diperkenalkan kelak," katanya.

sumber dari :  http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian

No comments: