Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) terus
menyusun strategi bagi meningkatkan pembangunan ekonomi di Wilayah
Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi sektor pertanian menerusi suntikan RM2
juta untuk projek penanaman padi.
Peruntukan itu bagi menyokong aktiviti pertanian padi di Kedah menerusi inisiatif perladangan kontrak Kelab Padi Nestle (NPC) dengan kerjasama antara Pertubuhan Peladangan Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) C2 dan Nestle Malaysia (Nestle).
Ketua Eksekutifnya Datuk Redza Rafiq berkata, program itu yang diterajui oleh Nestle mampu meningkatkan sektor penanaman padi di wilayah utara dengan membantu golongan petani menghasilkan padi berkualiti dan dijual terus kepada syarikat pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan multinasional berkenaan.
Beliau berkata, peruntukan RM2 juta itu bagi membolehkan petani yang terbabit di dalam program berkenaan membeli peralatan penanaman dan jentera baru.
“Kerjasama ini bukan saja memberi bantuan kepada Nestle untuk mendapatkan sumber produk mereka secara terus di negara ini, tetapi ia turut membantu rakyat tempatan menikmati peluang pekerjaan serta perkongsian teknologi dalam bidang ini.
“Ini selari dengan hasrat NCIA untuk mencipta lebih banyak limpahan ekonomi di wilayah utara menerusi sektor pertanian yang membabitkan rakyat tempatan,” katanya selepas menandatangani perjanjian kerjasama antara NCIA, Nestle dan PPK Mada C2 di sini, kelmarin.
Bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, 310 petani yang merupakan anggota NPC menuai 4,758 tan metrik padi di lebih 814 hektar sawah padi dengan hasil purata 5.85 tan metrik sehektar atau kenaikan 17 peratus berbanding 2013.
Program itu juga membantu petani tempatan menerima pemindahan teknologi dan amalan perladangan baik bagi membantu golongan berkenaan meningkatakn kadar hasil serta kualiti tanaman mengikut standard global.
sumber dari : http://www.hmetro.com.my/

No comments:
Post a Comment