Wednesday, 23 July 2014

MAS boleh bangkit tempoh 3 tahun

mas que nada, mas maiz, joan sebastian, vicente fernandez, una noche mas, los mas buscados, wisin y yandel, marco antonio solis, mas, aventura, eso y mas, gerardo ortiz, pegate mas, los temerarios, banda el recodo, larry hernandez, algo mas, don omar, selena, pitbull, prince royce, shakira, duelo, bachata, espinoza paz, banda ms, intocable, mas que amigos, los bukis, enrique iglesias, una vez mas, camila, mana, daddy yankee, una pagina mas, ricky martin mas, roberto tapia, mas flow, ricardo arjona, alejandro fernandez, romeo santos, juan gabriel, jenny rivera, arcangel, tierra cali, salsa, jose jose, jesus adrian romero, ricky martin, pepe aguilar, te amo, michael jackson, jenni rivera, calibre 50, ana gabriel, valentin elizalde, conjunto primavera, cada dia mas, ramon ayala, gerardo ortiz 2011, el komander, laura pausini, eros ramazzotti, tito el bambino, no llores mas, julion alvarez, plan b, mas flow 2, mas oyama, rihanna, bachata mix, chris brown, justin bieber, drake, quiereme mas, eminem, tiziano ferro, sombras nada mas, mas ricky martin, pesado, alejandro sanz, mas adelante, sergio vega, franco de vita, rakim y ken-y, los caminantes, reggaeton mix, musica cristiana, mas y mas, rocio durcal, gangnam style, patrulla 81, marcela gandara, procura coquetearme mas, gloria trevi, un minuto mas, danza kuduro, la leyenda, antonio aguilar, tribal mix 2011,
TRAGEDI yang menimpa MH17 pada 17 Julai lalu secara tidak langsung memberi impak besar kepada MAS secara keseluruhannya.

Jumaat lalu, saham MAS turut dilaporkan jatuh sebanyak 13.33 peratus dalam dagangan awal Jumaat selepas pesawat penumpang milik syarikat penerbangan itu terhempas di sempadan Ukraine-Rusia.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, MAS perlu menggunapakai model syarikat penerbangan Delta Airlines dan Jepun Airlines (JAL) yang pernah berhadapan dengan krisis kewangan dalam usaha untuk membangunkan semula MAS.

Semasa Japan Airlines (JAL) menghadapi masalah kewangan seperti MAS, pekerjanya berdiri teguh di belakang pihak pengurusan dan hasilnya ia muncul lebih kukuh dan lebih menguntungkan.

Begitu juga dengan Delta Airlines, sebuah syarikat Amerika, yang boleh dijadikan contoh MAS. Ketika syarikat penerbangan itu mengalami krisis seperti MAS, langkah pertama yang diambil oleh pekerjanya, termasuk juru terbang, adalah dengan merelakan gaji mereka dipotong.

Manakala, gaji ketua pegawai eksekutifnya dikurangkan sebanyak 35 peratus.

Katanya, jika MAS dapat mengaplikasikan model itu, MAS dijangka dapat bangun semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

"Namun, dengan syarat tidak ada lagi kejadian-kejadian seperti MH370 atau MH17 yang berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, insiden MH17 sememangnya memberi impak yang memang cukup besar kepada MAS, walaupun bukan disebabkan oleh MAS.

"Oleh itu, kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas dan perlu ada kecekapan pengurusan.

"Saya yakin MAS mampu bangun semula walaupun berhadapan dengan situasi ini dengan melakukan beberapa tindakan berkaitan dengan wang, strategi dan kakitangan," katanya.

Amir berkata, Malaysia hanya mempunyai satu syarikat penerbangan nasional, jika negara tidak tahu untuk mengekalkannya itu sememangnya menjadi situasi yang memalukan buat negara.

Beliau juga berpendapat bahawa penswastaan bukanlah jalan penyelesaian untuk mengatasi kemelut yang melanda MAS.

Katanya, sebelum ini, MAS pernah diswastakan tetapi diambil semula oleh kerajaan selepas mengalami masalah.

"Situasi itu sudah cukup membuktikan bahawa syarikat swasta sendiri pun tidak mampu untuk menguruskan MAS," katanya.


Penjenamaan semula bantu kukuh MAS

Penganalisis Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba berkata, walaupun tragedi  MH17 bukan disebabkan MAS, namun secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada jualan tiket syarikat penerbangan itu.

"Orang ramai akan menjadi semakin kurang yakin dan takut menaiki kapal terbang milik MAS. Apatah lagi kejadian yang menimpa MH370 dan MH17 hanya dalam tempoh lima bulan," katanya.

Menurutnya, antara langkah yang perlu dilakukan untuk bangkit semula adalah dengan memberikan penjenamaan semula perkhidmatan sedia ada MAS, dalam usaha menarik dan menyakinkan lebih ramai pelanggan.

 Katanya, seperti yang orang ramai sedia maklum, MAS adalah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan untuk mengukuhkan kedudukan itu semula, MAS perlu meningkatkan semula kepercayaan orang ramai.

"Mungkin ia memakan masa enam hingga satu tahun untuk kembali stabil dan ia bukanlah satu kerja yang mudah dilakukan.

"Tetapi saya yakin MAS hanya mengambil masa enam bulan untuk mengkukuhkan kedudukan dan saham syarikat itu untuk kembali normal," katanya.

Baayah berkata, MAS juga boleh melakukan penjenamaan semula jenama syarikat penerbangan itu selepas ini dengan nama penerbangan yang baru untuk memberikan nafas baru kepada syarikat penerbangan itu.

"Namun, hanya jika MAS betul-betul terdesak sahaja barulah MAS dijual kepada mana-mana syarikat swasta yang mampu untuk menguruskan syarikat penerbangan itu.

Mungkin itu boleh membantu menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.

Sementara itu, Baayah berkata, seperti orang ramai sedia maklum, MAS menawarkan harga tiket yang lebih mahal berbanding syarikat penerbangan lain.

"Oleh itu, sebagai cadangan mungkin, MAS perlu mengurangkan harga tiket penerbangannya pada masa akan datang untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk memilih penerbangan mereka," katanya.

Mengulas Tahun Melawat Malaysia 2014, Baayah berkata, insiden MH17 turut mempengaruhi sedikit sebanyak kepada jumlah kedatangan pelancong ke negara ini.

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
CONNIE S MONICAL

No comments: