Saturday 22 August 2015

RM30 bilion boleh lebur

LAMAN web DEIG yang menyatakan mengenai syarikat itu, pengurusannya dan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kini berada di bawah pengurusannya.


SHAH ALAM – Pemindahan aset dalam Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor bernilai RM30 bilion kepada dua individu yang merupakan pemegang saham Darul Ehsan Investment Group (DEIG) boleh dianggap sebagai salah guna kuasa.

Peguam Kamarudin Ahmad berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali boleh menyebabkan segala aset milik rakyat negeri itu berisiko tergadai pada bila-bila masa disebabkan pentadbiran dan pengurusan DEIG begitu terdedah kepada kecuaian.

“Andai kata salah seorang daripada individu terbabit meninggal dunia, keluarganya boleh datang membuat tuntutan, maka kerajaan negeri akan hilang separuh daripada aset itu.

“Itu aset rakyat Selangor. Kini aset bernilai RM30 bilion itu terdedah kepada kecuaian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab program Penera­ngan Khas Isu DEIG bertajuk ‘Kebimbangan Kita’ anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di sini malam kelmarin.

Kosmo! semalam melaporkan kewujudan entiti korporat baharu DEIG mencetuskan kontroversi apabila ia disahkan dimiliki dua individu yang menubuhkan syarikat itu dengan bermodalkan RM2 tetapi kini menguasai aset bernilai RM30 bilion.

Aset tersebut sebelum ini dimiliki dan diuruskan oleh MBI Selangor.

sumber : kosmo.com.my/



No comments: