BEBERAPA
ADUN Selangor melahirkan kebimbangan berhubung ketelusan penubuhan DEIG
semasa bersidang di bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam pada Selasa lalu. Gambar kecil, Abdul Khalid Ibrahim.
Oleh AQMAR ALLADAD
SHAH ALAM – Pemilik asal Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang mendaftar syarikat itu dengan nilai RM2 bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang bernilai RM30 bilion merupakan pegawai kanan MBI.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman, 48, dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminuddin, 36, merupakan pemilik asal syarikat DEIG sebelum ia diserahkan kepada MBI.
Azmin mengaku kedua-dua indvidu terbabit berperanan dalam saham promoter yang turut dibenarkan oleh undang-undang di negara ini.
“Proses pendaftaran DEIG itu merupakan amalan biasa dalam pembentukan syarikat. Kedua-dua individu ini adalah pemegang saham untuk membuka syarikat (DEIG),” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini semalam.
sumber : kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment