Timbalan menteri pengangkutan itu yang juga Ketua Umno Bahagian Sri Gading juga percaya, menjatuhkan Melayu dan Islam merupakan sasaran dan motif sebenar yahudi.
Dalam ucapan beliau di hadapan perwakilan Umno Bahagian Sri Gading, Ab Aziz turut menyebut mengenai laporan Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di New York dan Sarawak Report mengenai derma berjumlah RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mengapa mereka yang juga Melayu dan Islam begitu percayakan dakwaan ini? Mengapa mereka biarkan WSJ yang dimiliki oleh yahudi dan Sarawak Report yang dikendalikan oleh orang putih membuat dakwaan terhadap pemimpin Islam, perdana menteri kita.
"Sejak merdeka, kita telah berjaya halau orang putih. Kita tidak sepatutnya dengar dakwaan yang dibuat oleh orang putih ini, jadi tolonglah, kembali kepada Islam, kembali kepada Allah dan kembali kepada Rasulullah," jelasnya.
Ab Aziz menambah, Yahudi hanya mahu melihat Umno jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.
"Oleh itu, sumbangan tersebut untuk memastikan Najib yang merupakan general perang kita memenangi perang pilihan raya ini," katanya.
sumber : mstar.com.my
No comments:
Post a Comment