Tuesday, 18 August 2015

Tindakan Najib Bukti Tuduhan Berasas

PETALING JAYA: Beberapa siri tindakan yang dilihat sebagai cubaan untuk menghalang siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah membuktikan tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berasas.

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan undang-undang terhadap perdana menteri itu tidak boleh diambil berikutan tuduhan terhadapnya gagal dibuktikan.

"Dengan tindakan-tindakan ini, Najib secara berkesan menghentikan siasatan berhubung kehilangan berbilion ringgit yang dilaburkan oleh 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion dalam akaunnya.

"Tetapi tindakan-tindakannya ini membuktikan bahawa terdapat isi dalam dakwaan yang dibuat terhadap beliau," kata bekas perdana menteri itu menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc.

Menerusi postingnya itu, Dr Mahathir turut menyenaraikan beberapa insiden yang berlaku sepanjang proses siasatan terhadap 1MDB dijalankan termasuk perpindahan dua pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan polis menyoalsiasat tujuh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kemudian dia secara literal telah membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan melantik pengerusi dan tiga orang anggota lain sebagai timbalan menteri dan jawatan lain.

"The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB itu ditutup. Pemilik akhbar The Malaysian Reserve disuruh menjualnya kembali kepada pemilik sebelumnya.

"Najib juga memecat timbalan perdana menteri dan salah satu daripada menteri-menteri yang lantang dalam mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib," katanya.

sumber : mstar.com.my

No comments: