Johor Bahru: Seorang penolong
pengurus pentadbiran sebuah syarikat swasta dihukum penjara sehari dan denda
RM12,750 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah
RM2,550, Februari lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz
menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohamad Jalani Jasman, 54, mnegaku
bersalah atas pertuduhan itu.
Berdadarkan kertas pertuduhan,
Mohamad Jalani didakwa menerima suapan sebanyak RM2,550 daripada kontraktor
syarikat Anip S Enterprise, Sahir Tambol.
Perbuatan itu sebagai dorongan untuk
tidak menamatkan kerja-kerja pemunggahan ke dalam kontena syarikat Delima Oil
Product Sdn. Bhd.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan
itu di Restoran Sahara Permata, nombor 1, 1A, 1B, Jalan Perdagangan Damai,
Bandar Baru Nusa Damai, Pasir Gudang di sini, jam 1.18 petang, 19 Februari
lalu.
sumber : hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment