
Ini diakui sendiri oleh Presiden Persatuan penjual kereta Terpakai di Johor sendiri, Encik Simpson Tan yang mengatakan harga kereta terpakai mula turun dan jatuh antara 5 peratus sehingga 8 peratus banyaknya. Malah kejatuhannya lebih teruk daripada itu apabila melibatkan jenama kereta yang kurang popular dan permintaan.
Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Berita Semasa realitinya untuk beberapa tahun kebelakangan ini harga kereta terpakai di Johor lebih mahal berbanding di Kuala Lumpur. Adakah anda pun berpendapatan begitu?
Punca Harga Kereta Terpakai Turun?
- Garis panduan baru daripada pihak bank yang sudah mula mengetatkan pembiayaan dan pinjaman kereta terpakai
- Akhirnya menyebabkan lambakan kereta terpakai di gudang mereka hari ini tanpa pembelian yang rancak seperti sebelum ini
- Akhirnya harga terpaksa dikurangkan antara RM4,000 sehinggalah ke paras RM7,000 sebuah
Nah….penyakit yang sudah berjangkit kepada sektor hartanah pada ketika ini sudah pun merebak kepada industri kereta terpakai pula. Rupa-rupanya selama ini kemampuan rakyat Malaysia baik memiliki rumah dan kereta sendiri adalah terlalu artificial semata hanya kereta pinjaman mudah daripada pihak bank. Satu lagi harga kereta di Malaysia memang mahal, belum dicampur dengan alat ganti lagi.
- Sepatutnya jikalau benar-benar berkemampuan beli kereta baru contohnya maksimum pembiayaan hanyalah 5 tahun sahaja tidak boleh lebih daripada itu
- tetapi dipanjangkan ke 7 tahun ataupun sehingga 9 tahun hanya kereta tidak mampu tetapi dilepaskan atas nama pinjaman mudah
Mungkin sekarang, ia satu berita baik kepada pembeli kereta terpakai yang berkira-kira mahu membeli secara tunai.
sumber : beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment