
Akhirnya, Najib Razak melalui barisan peguam yang dilantiknya diketuai Datuk Hafarizam Harun akan saman WSJ Wall Street Journal bukannya di Amerika Syarikat tetapi di Malaysia, di kampung halaman sendiri.
Nama Malaysia cukup buruk pada ketika ini melalui siri laporan berita dan akhbar perniagaan berpengaruh di seluruh dunia yang terending sehingga menjadi buah mulut masyarakat seleuruh dunia termasuklah kalangan pada pelabur.
Ditambah pula laporan berita tersebut turut diselitkan nama Najib Razak sekaligus menjadikan nama Najib Razak bukan sahaja popular di Amerika Syarikat tetapi di UK, Australia, Singapore, Rusia, China dan lain-lain lagi.
Dan bagi Berita Semasa sendiri, tindakan saman WSJ Wall Street Journal ini memang perlu bagi membersihkan nama Malaysia amnya dan Najib Razak umumnya. Apa tujuan utama saman WSJ sebenarnya? Untuk bersihkan nama atau mahu berkira-kira mengenai duit sebenarnya?
Jikalau wang yang jadi ukuran, apa yang masalahnya untuk bawa kes tersebut di Amerika Syarikat?
Najib Saman WSJ di Malaysia atau Di Amerika Syarikat USA?
Di Amerika Syarikat jikalau
melibatkan kes sivil contohnya akan menggunakan sistem juri. Walhal, sudah
berbelas-belas novel hasil penulis tersohor John Grisam dan belum ditambah
dengan siri drama dengan pelbagai sistem perundangan undang-undang Amerika
Syarikat dipaparkan kepada dunia. Sejarah telah membuktikan, di sanalah siri
“damages” paling banyak diputuskan.
Di Malaysia? Melibatkan Kes saman
tokoh perniagaan terkenal di Malaysia Vincent Tan dahulu berjumlah RM10 juta
terhadap majalah perniagaan Malaysian Industry sekitar tahun 1995. Adakah
mereka membayarnya? Pilihan bankrap bukankah masih ada.
Bagi Berita Semasa sendiri, apa yang
WSJ tulis dan dakwa terhadap Najib Razak adalah isu yang sangat-sangat besar.
- Dakwaan RM2.6 billion masuk ke akaun peribadi bukannya perkara kecil
- Negara jiran kita Singapura tanpa banyak bicara saman WSJ atas artikel yang mempersoal badan kehakiman negara itu
- Singapura tidak peduli tentang berapa banyak pampasan yang bakal diterima. Apa yang diutamakan adalah maruah negara mereka.
sumber ; beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment