
Tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan lelaki itu dirakam seorang
wanita selepas bas berkenaan diberhentikan berdekatan rumahnya di Milwaukee.
Saksi kejadian menyatakan kawasan perumahannya itu sememangnya terkenal
dengan aktiviti pelacuran namun perbuatan lelaki itu tidak boleh diterima sama
sekali.
Dia mengakui, terkejut bila ternampak dua individu di dalam bas itu
melampiaskan nafsu masing-masing.
“Di dalam bas sekolah? Di mana anak-anak kamu menaiki bas tersebut?” soalnya
marah.
Dia kemudian segera melaporkan kes berkenaan kepada syarikat bas terbabit dan
lelaki itu dikatakan telah dipecat kerana melanggar polisi syarikat.
Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti suspek
pelacur dalam video itu. – Agensi
sumber : mynewshub.cc
No comments:
Post a Comment