
PETALING JAYA – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan
kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu.
“Harga baharu itu mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh
kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
serta tekanan kos syarikat,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia,
Stefano Clini dalam satu kenyataan pada Selasa.
Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:
1. Rangkaian Dunhill – RM17.00
2. Rangkaian Kent – RM17.00
3. Benson & Hedges –
RM17.00
4. Rangkaian Peter Stuyvesant –
RM15.50
5. Rangkaian Pall Mall –
RM15.50
6. Lucky Strike Plain – RM17.50
7. Rangkaian Shuang Xi –
RM18.00
Syarikat tersebut turut menyatakan
kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia
akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.
sumber : mStar Online
No comments:
Post a Comment