Thursday 5 November 2015

Tol Naik Mahal di Malaysia Dan Membebankan Penguna Tol. Rahman Dahlan Ada Penyelesaiannya?

 

Kata-kata daripada Imam Shafie seperti “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” terlintas selepas sahaja mendengar kenyataan dan hujah daripada seorang menteri.

Terasa membazirkan duit rakyat Malaysia, penat lelah rakyat Malaysia berniaga, bekerja membayar cukai untuk menyuapkan pelbagai elaun, gaji, bayar tol percuma untuk menteri seperti ini.

Bayar Tol Mahal? Cadangan Seorang Menteri

  1. Bangun awal, elak guna jalan yang ada tol
  2. bahagikan masa anda daripada sekarang
  3. kerajaan perkenalkan tol untuk pendekkan perjalanan, jadi pilih jalan alternatif
Senangnya jadi menteri hari ini. Gaji dan elaun serta tol rakyat bayarkan, kemudian cakap sesuka hati. Rakyat sedang marah dengan kenaikan tol naik baru-baru ditambah dnegan kenyataan seperti ini. Patutkah?

Mungkin menteri ini, akan berfikir dahulu sebelum berkata-kata apabiala diberikan peluang merasa melalui tol di Malaysia tanpa diberikan percuma, tanpa escort dan juga diletakkan satu tol di parlimen Kota Belud. Agak-agak akan keluar cadangan ini atau tidak?

P/S : Bukankah lebih baik diam, daripada memberikan kenyataan seperti ini? 

sumber : beritasemasa.com.my/

No comments: