Friday, 26 September 2014

Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Kelantan Tertinggi, Penang & Putrajaya Habis!

Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Wasiat Raja-Raja Melayu Tidak Dipedulikan! Berita Semasa sekali lagi ingin mengatakan yang kami sama sekali tidak menolak pembangunan. Tetapi biarlah berpada. Jangan dihidangkan lambakan duit di “depan mata” yang membuat keputusan terus terketar-ketar luatut sehingga hilang pertimbangan melepaskan amanah yang diberikannya kepadanya diberikan kepada orang luar.

Rasanya semuanya sudah sedia maklum yang mana tanah di Malaysia begitu mudah terlepas dan diperdagangkan kepada “orang luar” jikalau mahu dibandingkan syarat yang begitu ketat dibandingkan negara jiran kita Malaysia. Contoh? Contohnya (KLIK DI SINI).

Apabila baru-baru ini didedahkan yang mana tanah rizab melayu tergadai sehingga tinggal 12% sahaja, ramai pemimpin terkejut. Ha? Menteri besar _______ terkejut, Ketua Menteri ________ terkesima, Menteri Besar ________ ini pun terperanjat. Terperanjat? Ermmm…..

Statistik Sejarah Tanah Rizab Melayu di Malaysia?

  1. Daripada 3.1 juta hektar yang British tinggalkan kepada orang Melayu pada tahun 1931
  2. Ditambah dengan Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.
  3. 12.9 juta hektar adalah keseluruhan keluasan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
  4. Tanah Rizab melayu pernah hanya tinggal 1.30 juta hektar (9.9%) sahaja pada tahun 1983.
  5. Terkini tinggal pada tahun 2014, 12% sahaja tanah rizab Melayu
  6. 88% tanah rizab melayu telah hilang dan tergadai bersama-sama “habuan” masing-masing
  7. Akhirnya, masing-masing telah tersadai kekenyangan
KLIK SINI : Baca Peringatan Sultan Selangor Mengenai
Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
 
Berdasarkan semakan berita Semasa terhadap statistik yang disediakan oleh Pejabatan tanah & Galian (PTG) dan juga Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP) memperolehi ranking tanah rizab Melayu di malaysia mengikut keluasan yang tinggal pada ketika ini :

Ranking Tanah Rizab Melayu di Malaysia 2014 Mengikut Negeri

  1. Kelantan
  2. Kedah
  3. Perak
  4. Pahang
  5. Johor
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan
  8. Selangor
  9. Perlis
  10. Kuala Lumpur
  11. Terengganu
  12. Putrajaya
  13. Pulau Pinang
Kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri adalah punca utama di mana Tanah Rizab Melayu tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya. Jadi apabila diedahkan statistik dan data terkini melibatkan jumlah tanah rizab Melayu yang tergadai ini, adalah pihak-pihak yang “bertanggungjawab” untuk mengganti semula?

sumber : http://www.beritasemasa.com.my/

Thursday, 25 September 2014

Proton Iriz RM42,438

PROTON Iriz ditawarkan dengan harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Tanjung Malim: Proton Holdings Bhd (Proton) yang sebelum ini menamakan model terbarunya sebagai Proton Compact Car (PCC) akhirnya mengumumkan secara rasmi nama model berkenaan sebagai Iriz dengan tawaran harga bermula RM42,438 hingga RM62,888 seunit.

Iriz yang mempunyai nilai pelaburan RM560 juta itu dijangka menjadi penyumbang majoriti kepada 160,000 unit jualan keseluruhan model kenderaannya tahun ini.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod itu dapat dicapai bersandarkan tempahan Iriz sejumlah 17,000 unit sejak ia dibuka kira-kira dua minggu lalu dan penghantaran pertama pada pertengahan Oktober ini.

Beliau berkata, Iriz juga akan menjadi faktor peningkatkan jualan bulanan Proton yang sebelum ini mencatatkan 16,000 unit sebulan namun sedikit menurun berikutan beberapa perkara.

"Iriz adalah model terbaru Proton yang mempunyai ciri terbaik dari segi reka bentuk dan teknologinya serta mendapat pengiktirafan daripada Program Penilaian Kereta Baru Asean (Asean NCAP).

"Malah, dari segi keselamatan juga Iriz mempunyai standard yang tinggi setara dengan kehendak pasaran ekpsort global dan kita percaya ia akan membantu meningkatkan keuntungan syarikat tahun ini," katanya pada pelancaran Iriz di sini, hari ini.

sumber : http://www.hmetro.com.my/
Oleh Hafiz Ithnin

Agihan pendapatan AS1M 6.60 sen seunit

AHMAD Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Hamad Kama Piah Che Othman memegang plag pengumuman agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M) sebanyak 6.60 sen seunit berbanding 6.70 sen tahun lalu bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2014.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM664.22 juta, 13 peratus lebih tinggi daripada jumlah pembayaran tahun sebelumnya berjumlah RM587.77 juta.

Katanya, pengagihan pendapatan berkenaan akan dimanfaatkan oleh seramai 376,631 pemegang unit yang telah melanggan 10.22 bilion unit AS1M. "Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan AS1M," katanya pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan AS1M di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Pembayaran pengagihan pendapatan tabung AS1M akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit pada 1 Oktober ini.

Semua urus niaga bagi tabung AS1M di pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 25 hingga 30 September ini. Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan AS1M masing-masing mulai 1 Oktober ini. Dalam perkembangan lain, Hamad Kama Piah berkata, kerja-kerja pemasangan cerucuk Menara Warisan Merdeka yang sedang dijalankan ketika ini berada pada tahap 35 peratus dan dijangka siap pada suku ketiga 2015.

"PNB sedang menilai senarai kontraktor yang memohon dan tender bagi kontrak projek ini akan diagihkan pada suku akhir tahun ini," katanya.

sumber : http://utusan.com.my/