Thursday, 25 June 2015

Cukai Jualan Topup 6% Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)?


Isu Topup GST : Cukai Jualan Topup 6% Terhadap Telco Maxis, U Mobie, Maxis, Digi, Celcom Mansuh Tapi Rakyat Malaysia Tetap Kena GST 6% (Panggilan dan SMS)? : Isu Topup GST pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan demi rakyat. Persoalannya sekarang menteri sedang bela siapa? Rakyat Malaysia atau taikun telekomunikasi Malaysia?



Sehingga bertukar orang untuk diselesaikan. Selepas lebih sebulan rakyat marhaen menunggu apa yang menteri mampu perjuangkan untuk rakyat marhaen di bawah disebalik isu topup GST, akhirnya hasilnya seperti di bawah ini :
  • GST tetap dikenakan kepada rakyat marhaen, tetapi bukan pada pembelian kad topop prabayar
  • GST akan dikenakan pada anda untuk setiap panggilan dan sms yang dimasukkan untuk dikenakan cukai GST kepada anda. Bijak bukan Menteri mencari penyelesaian? Ermm…..
  • Akhirnya Pi Mai Pimai Tang Tu juga. Kasihan rakyat Malaysia.
  • Cuma dahulu terang-terangan, cukai topup GST dikenakan terhadap anda tetapi kali ini secara tersirat pula supaya penguna seperti anda tidak perasan. Hebat bukan permainan mereka
  • Pendek kata cukai GST masih lagi ada untuk dikenakan terhadap anda dalam caj telekomunikasi cuma telbih terselindung
  • Apabila rakyat dengar hanya bayar RM10 dapat RM10, ramai yang lega sedangkan sesuatu sangat. Dengan harapan anda akan terlepas pandang dengan hidden kos yang ada. Ermmmm…
  • Tetapi sudah menteri kata, “win-win situation”. Iyakan sahaja
  • Tetapi hakikatnya rakyat semakin celik hari ini, tidak semudah itu akal fikiran mereka ditunjal-tunjal mengikut renrak permainan mereka

Isu Topup GST : Telco Vs Rakyat Malaysia? Siapa Yang Untung?

  • Jikalau sebelum ini sales tax 6% telco masih untung dengan menjual topu (kad prabayar) pada harga RM10.00 dan anda akan dapat kredit RM10.00
  • Sekarang sales tax sudah tiada dan digantikan dengan topup GST (kad prabayar)
    GST tidak dikenakan kepada telco..sebaliknya pada pengguna menurut penggunaan mereka
  • Maka yang untung adalah? Telco..ya tepat sekali. Sebab dapat tambah 6% lagi keuntungan disebalik pemansuhan cukai sales tax
  • Dan untung pada kerajaan sebab dapat kutip 6% dari pengguna..
  • Jadi kepada pengguna apa yang untungnya?
Diharapkan menteri tampil membeli nasib rakyat, rupanya akhirnya terus tunduk kepada taikun telkomunikasi negara. Perkara seperti isu topup GST (kad prabayar) ini pun berbulan-bulan untuk diselesaikan yang hanya melibatkan beberapa syarikat telekomunikasi sahaja. Itu pun masih lagi mencanang harga barang lain tidak naik harga, malah ada yang turun kata menteri disebalik pelaksanaan cukai GST yang melibatkan ribuan syarikat dan juga melibatkan berlapis-lapis peniaga sebelum sampai ke pengguna seperti anda di sini.

Kata menteri seperti laporan berita yang Berita Semasa lampirkan di bawah ini, Walaupun lebih kos dikenakan, faedahnya akan dikembalikan kepada rakyat melalui penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi. Berita Semasa hanya mampu tersenyum membacanya.

P/S : “Apa guna murah tetapi panggilan putus tidak ada 3G tidak boleh menggunakan aplikasi WhatsApp,” katanya. (Rujuk gambar di bawah). Seriously ini kenyataan daripada seorang menteri? Ermmm….

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK banner di bawah :-
 

Wednesday, 24 June 2015

Bank Menyediakan Pinjaman 100% Kepada Pembeli Rumah di Malaysia. Setuju atau Tidak?




Pinjaman Perumahan Bank 100% Kepada Pembeli Rumah di Malaysia. Setuju atau Tidak?

Baru-baru ini gegak gempira di bangunan Parlimen, senator yang dilantik ada mencadangkan supaya pinjaman perumahan bank untuk anak muda hari ini diberikan kelebihan dan kelonggaran untuk mereka untuk membuat pinjaman sehingga 100% sekaligus membolehkan impian mereka membeli rumah di atas bumi yang bernama Malaysia ini menjadi realiti.

Ahli dewan negara melihatkan masalah utama anak muda hari ini untuk memiliki rumah adalah disebabkan kegagalan mereka menyediakan dana dan modal yang cukup sejumlah 10% untuk membuat bayaran pendahuluan atau deposit 10% ketika mahu beli rumah walaupun harga mampu milik yang diletakkan pada harga RM400,000.


RM400,000 adalah rumah mampu milik atau mampu tengok?

Kepada pembaca Berita Semasa masih ingat lagi rentetan beberapa laporan Berita Semasa menganai isu rumah mampu milik di Malaysia, termasuklah laporan berita di bawah ini :
Berita Semasa merasakan kegagalan dasar Najib Razak  antaranya lah ia bertindak melulu menaikkan paras harga rumah mampu milik ke paras RM400,000 memberikan lesen agung kepada pemaju perumahan di Malaysia untuk berlumba-lumba menawarkan perang harga rumah kepada rakyat Malaysia, sehingga satu unit apartment dan kondominium sekangkang kera berharga RM500,000, RM600,000, RM700ribu dan seterusnya.

Kepada tokoh pemikir di Dewan Negara, Berita Semasa merasakan masalah harga rumah mampu milik di Malaysia bukannya berpunca kepada kegagalan rakyat Malaysia mendapatkan wang pendahuluan untuk pinjaman perumahan bank tetapi harga rumah di Malaysia terus melambung tinggi pada ketika ini meninggalkan jauh paras pendapatan rakyat Malaysia yang masih lagi terkial-kial mengejarnya.

Pinjaman Perumahan Bank 100% atau Kurang Kadar Faedah Bank?

  • Mengapa ahli Dewan Negara tidak mencadangkan supaya harga rumah dikurangkan melalui kaedah pengurangkan kos kepada pemaju?
  • ataupun mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan bank di Malaysia?
RM400,000 mampu milik? Bagilah 100% sekalipun berapa ramai yang mampu membelinya sekarang ini? Akhirnya bala yang bakal menimpa mereka nanti apabila hutang pinjaman perumahan bank tidak terbayar kelak.

Jikalau 10 tahun dahulu rumah teres 2 tingkat boleh dapat RM300K dengan downpayment 10%. Sekarang rumah yang sama harga dalam sekitar RM600K atau lebih, 0 downpayment mampu beli???
  • Anak Chua Soi Lek merangkap merangkap Timbalan Menteri Kewangan mengatakan harag rumah naik RM30,000 setahun. 10 Tahun?
  • 10 tahun lagi berapa harga rumah pada masa itu?
  • Masih lagi mahu perjuangkan masalah deposit harga rumah?
  • Sedangkan masalah akar umbi tidak ditangani dengan segera?
Bagi Berita Semasa sendiri, masalah ini tidak lama lagi akan menjadi terlalu kronik…apabila majoriti generasi akan datang 70-90% daripada populasi jumlah penduduk tidak mampu nak beli rumah langsung…

P/S : Usahlah mengajar rakyat berhutang banyak-banyak. Patutnya membantu mengurangkan dan mengawal harga rumah ada di Malaysia. Rakyat Malaysia sudah berikan kuasa, gunakan kuasa itu dengan sebaiknya sebelum ditarik balik.

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568 atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK Baner dibawah :-
 

Potongan Gaji Untuk Bayaran PTPTN. Apa pendapat anda Setuju atau Tidak?



Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bayaran PTPTN. Setuju atau Tidak?

Sehingga ke hari ini angka penjawat awam yang tidak pernah sama sekali membuat bayaran semula pinjaman PTPTN mereka ataupun bayar secara tidak konsisten telah pun melonjak kepada 163,007 orang penjawat awam.

Dan dijangka bilangan penjawat awam yang gagal menjalankan tanggungjawab membuat bayaran PTPTN akan terus bertambah daripada tahun ke tahun. Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam melihatkan ia satu trend yang membimbangkan.

KSN dan JPA : Potongan Gaji Penjawat Awam Untuk Bayaran PTPTN?

Oleh sebab itu, tiada lagi peluang untuk kalangan penjawat awam di Malaysia yang ada melakukan pinjaman PTPTN untuk gagal membuat bayaran PTPTN semula. Ini kerana hutang pinjaman PTPTN mereka akan dilunaskan secara berkala melalui potongan gaji mereka yang mana surat rasmi oleh Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) akan terus dihantar dalam masa terdekat ini.

KSN melihatkan usaha ini bagi menjamin penjamin lain pula di masa akan datang. Apatah lagi dana PTPTN datangnya daripada EPF yang telah pun mencecah tanggunggan sejumlah RM50 bilion. Yang pastinya akan beri kesan besar kepada kakitangan swasta yang terikat dengan EPF.

Apa kata penjawat awam di Malaysia dengan usaha terbaru bagi memungut kembali tunggakan hutang PTPTN setakat ini?

sumber di petik : http://www.beritasemasa.com.my/potongan-gaji-penjawat-awam-ptptn

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau KLIK Baner di bawah :-