Wednesday, 4 November 2015

Harga Rokok Naik Hingga RM18 Sekotak Hari Ini

 

PETALING JAYA – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu. 

“Harga baharu itu mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan pada Selasa. 

Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:

1. Rangkaian Dunhill – RM17.00

2. Rangkaian Kent – RM17.00

3. Benson & Hedges – RM17.00

4. Rangkaian Peter Stuyvesant – RM15.50

5. Rangkaian Pall Mall – RM15.50

6. Lucky Strike Plain – RM17.50

7. Rangkaian Shuang Xi – RM18.00



Syarikat tersebut turut menyatakan kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.

sumber : mStar Online

Harga Kereta Terpakai di Malaysia Sudah Mula Turun. Kejatuhan Antara RM4,000 Hingga RM7,000 Sebuah

 

Jikalau ramai yang mengeluh dengan beritakan kenaikan harga di mana-mana, naik harga sana, naik harga sini, ini mula berita harga turun yang mana harga kereta terpakai sudah mula memperlihatkan trend menurun pada ketika ini. 

Ini diakui sendiri oleh Presiden Persatuan penjual kereta Terpakai di Johor sendiri, Encik Simpson Tan yang mengatakan harga kereta terpakai mula turun dan jatuh antara 5 peratus sehingga 8 peratus banyaknya. Malah kejatuhannya lebih teruk daripada itu apabila melibatkan jenama kereta yang kurang popular dan permintaan. 

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Berita Semasa realitinya untuk beberapa tahun kebelakangan ini harga kereta terpakai di Johor lebih mahal berbanding di Kuala Lumpur. Adakah anda pun berpendapatan begitu?

Punca Harga Kereta Terpakai Turun?

  • Garis panduan baru daripada pihak bank yang sudah mula mengetatkan pembiayaan dan pinjaman kereta terpakai
  • Akhirnya menyebabkan lambakan kereta terpakai di gudang mereka hari ini tanpa pembelian yang rancak seperti sebelum ini
  • Akhirnya harga terpaksa dikurangkan antara RM4,000 sehinggalah ke paras RM7,000 sebuah

Nah….penyakit yang sudah berjangkit kepada sektor hartanah pada ketika ini sudah pun merebak kepada industri kereta terpakai pula. Rupa-rupanya selama ini kemampuan rakyat Malaysia baik memiliki rumah dan kereta sendiri adalah terlalu artificial semata hanya kereta pinjaman mudah daripada pihak bank. Satu lagi harga kereta di Malaysia memang mahal, belum dicampur dengan alat ganti lagi.
  • Sepatutnya jikalau benar-benar berkemampuan beli kereta baru contohnya maksimum pembiayaan hanyalah 5 tahun sahaja tidak boleh lebih daripada itu
  • tetapi dipanjangkan ke 7 tahun ataupun sehingga 9 tahun hanya kereta tidak mampu tetapi dilepaskan atas nama pinjaman mudah
Nah….sekarang berpijak kepada bumi yang nyata. Inilah realiti kemampuan rakyat Malaysia hari ini tanpa pinjaman midah daripada bank.

Mungkin sekarang, ia satu berita baik kepada pembeli kereta terpakai yang berkira-kira mahu membeli secara tunai. 

sumber : beritasemasa.com.my/

Tuesday, 3 November 2015

Saman WSJ Najib Razak Saman Isu 2.6 Bilion di Mahkamah Malaysia Sebab Tidak Terkenal di Amerika Syarikat?


Alhamdulillah, setelah melepasi beberapa kali hari Selasa yang terus menjadi penantian rakyat Malaysia dan juga selepas beratus kali matahari terbit dan terbenamnya sejak daripada cakap-cakap akan, akan dan akan berlakunya tindakan Najib Saman WSJ Wall Street Journal pada hari Selasa yang dahulu. Akhirnya….. 

Akhirnya, Najib Razak melalui barisan peguam yang dilantiknya diketuai Datuk Hafarizam Harun akan saman WSJ Wall Street Journal bukannya di Amerika Syarikat tetapi di Malaysia, di kampung halaman sendiri. 

Nama Malaysia cukup buruk pada ketika ini melalui siri laporan berita dan akhbar perniagaan berpengaruh di seluruh dunia yang terending sehingga menjadi buah mulut masyarakat seleuruh dunia termasuklah kalangan pada pelabur. 

Ditambah pula laporan berita tersebut turut diselitkan nama Najib Razak sekaligus menjadikan nama Najib Razak bukan sahaja popular di Amerika Syarikat tetapi di UK, Australia, Singapore, Rusia, China dan lain-lain lagi. 

Dan bagi Berita Semasa sendiri, tindakan saman WSJ Wall Street Journal ini memang perlu bagi membersihkan nama Malaysia amnya dan Najib Razak umumnya. Apa tujuan utama saman WSJ sebenarnya? Untuk bersihkan nama atau mahu berkira-kira mengenai duit sebenarnya? 

Jikalau wang yang jadi ukuran, apa yang masalahnya untuk bawa kes tersebut di Amerika Syarikat?

Najib Saman WSJ di Malaysia atau Di Amerika Syarikat USA?

Di Amerika Syarikat jikalau melibatkan kes sivil contohnya akan menggunakan sistem juri. Walhal, sudah berbelas-belas novel hasil penulis tersohor John Grisam dan belum ditambah dengan siri drama dengan pelbagai sistem perundangan undang-undang Amerika Syarikat dipaparkan kepada dunia. Sejarah telah membuktikan, di sanalah siri “damages” paling banyak diputuskan. 

Di Malaysia? Melibatkan Kes saman tokoh perniagaan terkenal di Malaysia Vincent Tan dahulu berjumlah RM10 juta terhadap majalah perniagaan Malaysian Industry sekitar tahun 1995. Adakah mereka membayarnya? Pilihan bankrap bukankah masih ada.

Bagi Berita Semasa sendiri, apa yang WSJ tulis dan dakwa terhadap Najib Razak adalah isu yang sangat-sangat besar.

  • Dakwaan RM2.6 billion masuk ke akaun peribadi bukannya perkara kecil
  • Negara jiran kita Singapura tanpa banyak bicara saman WSJ atas artikel yang     mempersoal badan kehakiman negara itu
  • Singapura tidak peduli tentang berapa banyak pampasan yang bakal diterima. Apa yang diutamakan adalah maruah negara mereka.

sumber ; beritasemasa.com.my/