SYARIKAT telekomunikasi mudah alih negara, Celcom
Axiata Bhd (Celcom) merekodkan perolehan sebanyak RM2.01 bilion bagi
suku kedua tahun ini, iaitu perolehan sukuan tertinggi pernah dicatatkan
sepanjang sejarah operasi syarikat itu.
Dengan rekod terbaru itu, perolehan Celcom bagi separuh pertama tahun ini mencecah RM3.99 bilion, iaitu peningkatan 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, perolehan suku kedua itu melepasi sasaran awal RM2 bilion yang ditetapkan syarikat itu.
Menurutnya, pencapaian tersebut adalah hasil transformasi yang dilaksanakan dalam menjadikan Celcom lebih berdaya saing menuju 2015.
“Bagi suku kedua berakhir 30 Jun tahun ini, Celcom mencatat keuntungan bersih RM577 juta, naik 5.1 peratus berbanding suku pertama dan peningkatan margin 28.2 peratus.
“Manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan syarikat pula adalah RM900 juta dengan peningkatan margin sebanyak 44.5 peratus, disumbangkan peningkatan produktiviti,” katanya pada majlis pembentangan prestasi kewangan suku kedua Celcom di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, peningkatan margin itu diperkukuh melalui perbelanjaan pintar, pengurusan aset yang baik, peningkatan produktiviti serta program pemasaran dengan kos yang lebih cekap.
Shazalli berkata, Celcom juga kekal sebagai peneraju utama jalur lebar dengan mencatatkan 1.1 juta pelanggan, menyumbang RM521 juta kepada hasil syarikat itu.
sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/

No comments:
Post a Comment