Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta
Sehari! : Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar
kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja dek kerana
masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak
diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak….
Masakan tidak, MAS dihimpit dengan
sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi
keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan. Tetapi sayangnya, penerbangan domestik
ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS). Diharapkan
pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak
yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup
kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus
dipinggirkan…
Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017
Organisasi baru atau Newco akan ditubuhkan menggantikan yang lama
- Sejumlah 30% daripada jumlah saiz kakitangan MAS bersamaan 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja yang akhirnya syarikat MAS yang memiliki 20,000 pekerja sebelum ini akan berkurang menjadi 14,000 pekerja.
- ibu pejabat dan operasi utama berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
- Suntik RM6 bilion dana merangkumi pembiayaan pembelian baki saham dan program penstrukturan dalam tempoh yang ditetapkan dengan kawalan ketat.
Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines
(MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka
tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin. Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita
Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang.
Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah
untuk urusan “resign dahulu“,
kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil
borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak
lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian
mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak
masalah ini walau
Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah
zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan “less paper”.
Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling
ramai akan dikenakan VSS. Mungkin?
Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?
Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.
- Lebih banyak menggunakan agen berbanding melantik pengurus ke sana dan kesini, mesti “support the whole family duduk di oversea” contohnya
- Lakukan seperti mana yang dilakukan oleh AAX sekarang ini, operasi masih lagi dilihat bergerak dengan lancar walaupun tiada pengurus stesen ke sana kesini. Sebenarnya agen dilihat hasil kerja mereka lebih baik dek kerana mereka hanyalah kontrak, andaikata tidak mencapai KPI syarikat boleh terminate tukar dengan yang lain
- Satu lagi, pengangkutan untuk krew Malaysia Airlines MAS pun banyak menggunakan perbelanjaan. Jikalau kree Malaysia Airlines (MAS) boleh menggunakan pengangkutan sendiri, sudah boleh menjimatkan ratusan ribu sebulan. Tidak perlu van, gajikan pemandu, penyelenggaraan, minyak, servis semua itu
- Check in sekarang sudah menggunakan kiosk. Mungkin selepas ini luggange akan diberikan kepada pelanggan mereka sendiri untuk tag dan letak di conveyer. Ini bermakna “groundstaff” untuk bahagian tersebut juga boleh dikurangkan? Mungkin?
- Berita Semasa cadangkan Malaysia Airlines tawarkan latihan intensif yang boleh dijadikan aser kepada kabin krew kepada krew syarikat penerbangan komersil lain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan Malaysia Airlines MAS. Ini kerana berdasarkan rekod, kabin krew Malaysia Airlines yang berpengalaman senang dapat kerja di syarikat penerbangan lain.
- Ditambah pula, dahulu semasa Malaysia Airlines terlebih krew, mereka sampai buat secondment dengan Qatar Airways. Kontrak selama 2 tahun untuk setiapnya. Habis sahaja kontrak, mereka balik KL. Akhirnya berbulan-berbulan menganggur dek kerana MAS tidak panggil untuk terbang. Akhirnya, kalangan mereka terpaksa letak jawatan dan terus menyertai Qatar Airways terus. Yang menariknya Qatar Airways tetap berlapang dada untuk menerima krew Malaysia Airlines.
Tindakan yang sangat drastik namun
jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat
tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam
keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab
itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :
“Beringat-ingatlah apabila kita dalam senang”
Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan
putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti
akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini.
Ini kerana teknikal krew Malaysia
Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan
pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka
di airline lain.. Insyaallah.
Banyak syarikat airlines di negara lain
yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan
puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga
kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan
Emirates dengan gaji yang lebih lumayan.
Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?
Berapa banyak agaknya, laluan
penerbangan Malaysia Airlines MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini,
Berita Semasa dimaklumkan yang mana :
- KUL-LAX-KUL sudah tiada : Penerbangan yang terakhir ke Los Angeles adalah pada 30 April 2014 yang lalu. Siapa yang biasa pergi US pasti menggunakan pesawat MH92/MH93. Sekarang hanya tinggal kenangan.
- KUALA LUMPUR – ISTANBUL : Selalunya 4 bulan sahaja penuh, waktu musim orang melancong, lagi 8 bulan ada masalah untuk mendapat penumpang yang konsisten MAS terbang seminggu sekali. Susah utnuk mendapatkan penumpang jikalau hanya terbang seminggu sekali dan dilihat tidak mampu bersaing dengan Emirates yang terbang ke Malaysia 4 kali sehari.
- KUALA LUMPUR – FRANKFURT : Dijangka turut bakal dibuang. MAS cuma terbang ke Paris, London dan dan Amsterdam sahajalah di Europe. Mungkin?
P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak “bail out” duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company.
PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu
kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan
kos untuk mendapat untung.
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/malaysia-airlines-mas-buang-pekerja
1 comment:
michael kors handbags outlet
adidas tubular
yeezy boost 500
supreme clothing
yeezy shoes
michael kors purses
kobe 9
kobe shoes
timberland boots
balenciaga
Post a Comment