Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata turut dirampas dalam operasi yang bermula pada 4 petang itu adalah 190 unit aksesori vape bernilai RM380,385.
Katanya empat lelaki berusia antara 23 hingga 70 tahun ditahan dalam serbuan yang dilakukan di tiga premis iaitu dua di Taman Century dan satu di Larkin.
"Empat lelaki yang ditahan merupakan pemilik serta penjaga premis dan kesemuanya dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.
"Serbuan dijalankan selepas tiga premis terbabit didapati melanggar pelbagai kesalahan antaranya menjual cecair berperisa vape dipercayai mengandungi nikotin selain menjalankan perniagaan dan mempamer iklan tanpa lesen," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Selain itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata kesalahan lain termasuk tidak meletakkan tanda harga dan kegagalan mendaftar alamat cawangan, tiada papan tanda perniagaan serta tidak pamer sijil pendaftaran.
Beliau berkata tindakan boleh diambil ke atas penjual vape mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Akta Racun 1952, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan akta lain berkaitan.
Selain Polis Diraja Malaysia, operasi bersepadu itu turut melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Sementara
itu, Wan Ahmad Najmuddin berkata arahan kepada semua anggota dan pegawai polis
yang berkhidmat di negeri ini telah dikeluarkan sebagai peringatan untuk tidak
menghisap vape di dalam kawasan pejabat masing-masing.
"Saya sudah keluarkan arahan itu sejurus mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Johor dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana anggota dan pegawai polis di negeri ini yang melanggar arahan itu," katanya.
"Saya sudah keluarkan arahan itu sejurus mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Johor dan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas mana-mana anggota dan pegawai polis di negeri ini yang melanggar arahan itu," katanya.
sumber : astroawani.com/
No comments:
Post a Comment