SEBUAH lori yang
membawa kaki ayam terbalik lalu ‘memuntahkan’ muatannya sebaik sahaja
merempuh sebuah treler di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan, Sungai
Petani, awal pagi tadi.
Kemalangan pukul 6.30 pagi itu
membuatkan ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya hingga menyebabkan keadaan
jalan raya menjadi licin.
Keadaan ini turut mengakibatkan beberapa kenderaan lain terbabas dan hilang
kawalan.
Jurucakap polis trafik daerah Kuala Muda berkata, kejadian berlaku
selepas lori membawa muatan kaki ayam itu gagal dikawal lalu terbabas dan
merempuh belakang treler membawa muatan simen.
Tambahnya, pada masa yang sama, sebuah kereta jenis Honda City dan
sebuah lori cuba mengelak dari merempuh lori itu namun terbabas ke tepi lebuh
raya, manakala kereta dipandu seorang wanita terhumban ke dalam longkang.
“Ketika kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari Seremban untuk
menghantar kaki ayam sejuk beku ke kawasan perusahan di Alor Setar.
“Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera
ringan,” katanya.
Difahamkan, satu kemalangan turut berlaku di arah bertentangan di lokasi
sama disebabkan sebuah treler menekan brek secara mengejut.
Akibatnya, tiga buah kereta gagal mengelak lalu merempuh belakang
treler. Semua mangsa hanya mengalami cedera ringan.
Gambar ribuan kaki ayam bertaburan di lebuh raya ini turut menjadi
viral di laman sosial.
sumber : mynewshub.cc/
No comments:
Post a Comment